Kafaah, Basmah dan Syahadah dam

by - September 24, 2013

Assalamualaikum.
Episod 04 : Jordan Travelogue


Flashback !
{16 Sepetember 2013, Ujian Kafaah}

Sejukk..! Begitulah saya setelah sohha dari tidur, sangat sejuk tapi kupaksa jua untuk bangun solat subuh. Seusai solat berserta ma'thurat dan bacaan surah Yassin. Saya plan mahu sambung tidur, hehe, tetiba dapat ilham nak bukak facebook. Buka-buka. Satu berita mengejutkan singgah. Ujian Kafaah, berkumpul di Masjid Syuhada' jam 7 pagi. Waktu itu jam menunjukkan pukul 6 lebih. Terkejut. Terkesima. Semua ada. Takde yang maklum pada saya semalam sebab tidur awal. Face you rigth!

Siap-siap untuk ke Masjid Syuhada'. Sepanjang perjalanan ungkapan di bibir hanyalah " Bismillahi tawakkaltu 3ala-llah walaa 7aula walaa quwaata illa billah ". Tak henti dek kerna terlalu berdebar untuk menghadapi ujian kafaah ini. Tak sempat nak study apa-apa pun. Benarlah firmanya " Faizza 3azzamta fatawakkal 3ala-llah ". Tawakkal itu penting di setiap genap kehidupan kita. Jangan hanya berusaha tapi tidak bertawakkal begitulah sebaliknya. Di saat kegusaran datang, bertawakkallah sepenuhnya pada Allah insyaAllah dengan kebaikanya Dia akan memberi yang terbaik kepada kita.

Dan Alhamdulillah hasil dari sifat tawakkaltu 3ala-llah, saya lulus kesemua subjek ujian kafaah ini. Cuma Bahasa English perlu mengambil subjek English 101 di Jamiah nanti. Tersergam indah kebaikan-Nya kepada hambanya yang betul-betul yakin kepada kuasa-Nya. Oleh itu, saya mendapat iktibar pada pagi ini. Sifat tawakkal dan yakin kepada Allah itu amat penting di saat kita di dalam kesulitan mahupun kesenangan. Tawakkal bermaksud berserah sebulat-bulatnya kepada Robbul 3Izzah. Yakin bahawa hanya Allah sahaja yang bersifat " Ni3mal Maulaa waNi3man-Nashir ". Alhamdulillah ya Allah.

Pulang ke rumah, terus telefon Ummi dan Abah di Malaysia memaklumkan secebis kejayaan ini. 
" Alhamdulillah " kedengaran dari suara Ummi dalam keadaan gembira sendunya. Pesan Ummi , kekalkan kecemerlangan di sini. Saya faham ia bukan bermaksud cemerlang dari sudut ujian atau examination sahaja malah cemerlang dari sudut ilmunya. Ya! Setiap ibubapa tidak mahu anaknya berjaya di dunia sahaja bahkan ada bekalan untuk akhirat. Bukankah doa anak yang soleh itu merupakan amalan yang berterusan walau seseorang itu sudah meninggal ? Itulah yang diharapkan oleh ibubapa kita sebenarnya. Bisa menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka apabila mereka sudah tiada. Jom jadi soleh! InsyaAllah.


{17 September 2013, Basmah}
Ok. Hari ini, saya akan ke Syurthoh di Karak. Apa itu Syurthoh ?. Balai polis, ya! Saya diwajibkan membuat basmah iaitu cop jari di balai polis. Apa gunanya basmah ini? Ini adalah satu proses bagi menyempurnakan visa di sini.

Jam 7 pagi saya dan sahabat berkumpul di Masjid Syuhada'. Dengan menaiki coaster ke sana dalam lingkungan 15 minit kot. Sampai di sana, terus masuk ke balai. Untung dapat tengok polis arab berlatih kawad kaki. 

Urusan basmah di tingkat 2, kene cop kesemua jari- jemari. Tangan je lah. Kaki tak lah. Jadi 10 jari lah kesemuanya. Oh, memang comot jari-jemariku dibuatnya tapi apakan daya, terpaksalah demi menyempurnakan ilmu di sini. Urusan basmah tak lama pon. Sekejap je cuma yang jadi lama sebab pergi ramai-ramai sekali dengan syabab dan akhawat. Perasaan buat basmah 10 jari ini happy sangat. Haha, rasa nak buat lagi sekali pulak. Tapi sekali ni je pon kena. 


{18 September 2013, Syahadah dam}
Hari yang paling menakutkan setiap mahasiswi baharu di sini. Sebab ?. Kena cucuk untuk diambil darahnya. Ini pun antara proses untuk membuat visa. Perghh!. First time saya dicucuk di ketika usia dewasa ini. Dahulu kene cucuk sewaktu masih baby jadi manalah rasa sakitkan. Kita pon tak ingat dah. So, bila besar ni, kita boleh tengok, boleh rasa macam mana sakitnya kena cucuk.

Malang sungguh, giliran saya yang pertama kena cucuk. Masuk bilik dengan lafaz "Bismillah" , berdebar kot, kencang jantung. Duduk je atas kerusi. Doktor arab itu berkata "Laa takhofii , laa takhofii" macam tahu je saya sedang dilamun ketakutan. Tangan kuhulurkan kepadanya. Jarum semakin hampir ke uratku. Pctt! Ahh! Kupalingkan wajah ke arah lain, tak sanggup nk tengok jarum masuk ke ruang uratku. Mujur ditemani seorang senior sewaktu itu. Dia menenangkan saya. Nak terkeluar airmata ini tapi tak keluar pon, Hanya bergelinang air mata. Sakitnya seperti digigit semut cuma lebih lagi sakitnya. Tahan. Tahan. Alhamdulillah, selesai. Imbas sikit ke arah darahku yang telah diambil. Hehe. Banyak juga doktor ambil. Keluar dari bilik sahabat yang lain terus tanya macammana, saya jawab " sakit jugak, waktu dia masukkan jarum dan nak keluarkan jarum ". Grr, pengalaman-pengalaman.

Selesai urusan Iqomah dan Akademik. Lepas tu pada 19-21 September diadakan Minggu Taaruf Siswa (MTS). Semuanya beres belaka cuma yang kurang memuaskan saya adalah masa yang diperuntukkan bagi program Motivasi 1 jam sahaja. Sepatunya dibuat 1 jam setengah atau lebih lagi. Tak puas lagi mendengar kupasan dari Ustaz Rohim, seorang graduate Mu'tah yang hebat dari sudut ilmunya. Tabikkk sikit!

You May Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!