One Difficult's Desicion That I Must To!

Assalamualaikum.
Episod 01 : Jordan Travelogue


Flashbackk! 
{28 August 2013 bersamaan hari Rabu.}

Hari ini, saya mendapat berita dari Jordan dari seorang senior-ku yang sangat disegani, ku panggil dia ' K.long' . Berita itu berkaitan dengan permohonan pengajianku ke Jordan.

Reaksi pertamaku bila membaca satu message dari k.long adalah "MasyaAllah" . Sebab ? Hanya Allah saja yg tahu hati ini tatkala dipenuhi dengan teka-teki "Boleh atau tidak?". Satu perasaan takjub kepada kehebatan Allah, kekuasaan Allah. Mengapa ? Kerna saya sudah mula putus asa berharap mendapat Jordan. Disebabkan desas-desus yang berunsur negatif selalu menjengah telinga. Membuatkan hati bengkak!

Setelah mendapat berita itu. Confirm!. Saya terus ternanti-nanti message dari sahabat saya mengkhabarkan ceritanya. Tunggu punya tunggu. Tiada message. Sampailah petang hari , satu message masuk bertanya tentang hal ini. Saya sengaja tidak menjawab. Saya mahu tahu dari dia dahulu. Tak sampai berapa jam , satu kotak message masuk lagi mengucapkan tahniah. Juga dari dia. Hati bercampur-baur ingin tahu apakah sahabat itu terpilih atau tidak? Saya tidak mahu bertanya kepada k.long. Sengaja. Tunggu lagi pengkhabaran dari sana. Akhirnya, saya give up. Hati tidak boleh tahan. Saya terus bertanya k.long dan jawapan yang diharapkan amat mengecewakan bahkan inilah kali pertama saya merasa sekecewa ini. Sahabat yang lain tidak terpilih. Benci!!

Setelah itu, banyak kotak-kotak message masuk keruang FB dan HP mengucapkan sekalung tahniah. Waktu itu, kalimah " TAHNIAH " amat sensetif buatku. Setiap kali message masuk, saya abaikan! Geram! Perasaan amarah meletuss. Astaghfirullah. 

Saya beritahu pada ummi saya berkenaan berita itu, ummi saya memberi respons biasa sahaja. Mungkin sememangnya seorang ibu tidak sanggup untuk berpisah lama dengan anaknya apatah lagi jauh. Soalan pertama yang dilontarkan oleh ummi " Nadhirah boleh tak? ". Saya terkedu. Tak tahu nak melontarkan jawapan apa yang sesuai dengan hati yang tengah amarah ini. Terus saya jawap " Tak tahu lagi , InsyaAllah boleh sebab awal lagi ni, mungkin akhir-akhir nanti naik pulak nama dia ". Ummi mengiyakan shja. Terus ummi memberi cadangan " Kalau Nadhirah tak boleh , masuk KUIS ". YA! SAYA SETUJU! Memang begitulah plan saya, kalau sahabat tak boleh saya akan membatalkan plan saya ke Jordon. 

Namun, setelah ramai senior-II yang menyarankan supaya meneruskan lankah ke Jordan oleh kerna peluang ini tidak datang sebanyak dua kali. Bukan senang nak dapat tawaran ini. Saya masih berfikir-berfikir-dan terus berfikir. Entah apa yang perlu difikirkan! Buntu! 


{Hari berikutnya 29 August}

Hati terus dihimpit benci, marah dan berontak! Sehinggalah satu sapaan di kotak chat "Salam chik....". Hati terus menginginkan satu semangat dari dia. Terlalu sebakkk, sambil membalas chat sambil menangis. Sungguh! Nasihat dari seorang sahabat amat berguna pada waktu diri sedang dihimpit dosa. Jazakillah sahabat! Sungguh, kata-kata semangat darimu sangat mendalam ke dalam diri ini. 

Ya ! itulah dia, ada di kala suka dan duka! Terima Kasih sekali lagi, hanya Allah shja yang mampu membalas segala kebaikan mu sahabat. Setelah meluahkan segala kesedihan ini , barulah hati ini sikit-sikit dapat menerima takdir Allah yang Maha Kaya ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Setelah berbincang-bincang semula dengan abah dan ummi, abah menyuruhku untuk meneruskan langkahku ke Jordan. Ummi hanya mengikut apa kataku. Saya masih keliru. Namun, setelah diri ini melakukan solat hajat mohon petunjuk dari Yang Merancang. Alhamdulillah, hari demi hari, hati dan jiwa saya tenang. Ya! Itulah petunjuk sebenar. Memang saya ditakdirkan hidup disana! 

Jadi pada satu malam , Ummi bertanya (untuk kali terakhir) "Che nak pergi tak ? Ummi nampak macam selalu termenung je " Saya hanya senyum-senyum sambil menjawap pertanyaan Ummi. " Nak memang nak tapi takde kawan " Ummi terus berkata " Pergi je lah che. Takpe , Fatimah ada, sampai sana ada lah kawan, rugi kalau tolak " Oh ummiku sudah berfikir semula. Hehe. Angguk kepala sahaja yang dapatku responskan. 

Jadi, keputusanya >> SAYA AKAN KE JORDAN! INSYAALLAH! <<

2 comments:

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM