Check-in tak lepas

Assalamualaikum.
Episod 09 : Jordan Travelogue



8 oktober 2014,
Hari yg ditunggu-tunggu but still rasa sedih tiba, masanya untuk fly ke destinasi ilmu. Meski berat hati tapi tetap kena pergi. Ikut rasa hati, malas-malas-malas-malas-malas malah beribu-ribu kali malas nak pergi! Tak sanggup lagi berjauhan!

7 oktober 2014,
Aku fly dari airport terengganu ke KLIA jam 9 malam menaiki MAS. Dan semestinya bersama abah. Ini fasal mak tak kasi bermalam sengsorang di KLIA. Bersamaku juga kawan yang turut belajar kat sana. Sampai KLIA, makan-makan dulu, singgah di market situ, tak terasa nak makan. Just makan roti and air masak. Then, terus ke surau untuk bermalam di situ, tiket ke Jordan pukul 10 pagi esoknya. First, naik ke surau tingkat 5, tengok-tengok tutup. Turun ke tingkat 3 balik. Memang melilau malam tu. Sampai surau, take a place to nap. Sementara abah tunggu kat luar jaga barang (sadus hati ini  tengok ayah rela tidur kat luar demi anak).  Mata sukar untuk lelap. Suasana surau yang agak sunyi (mujur ada sorang perempuan rest kat situ jugak).

Lepas subuh, kami terus ke kaunter pertanyaan untuk tahu kaunter check-in bagi OmanAir. Kak kaunter cakap kaunter bukak pukul 7 pagi nanti. Jam masih awal lagi, lagi 2jam sebelum jam 7. Ayah terus ajak pi makan breakfast, kali ni roti jugak (selera habis hilang dah). Then tunggu-tunggu, masuklah aku ke kaunter check-in. Tengah check-in tiket. Tetiba,

Kak kaunter : nama awak takda dalam senarai ni.
Aku : haa? (terkejut besar memang takdapat dibayangkan)
Kak kaunter : sekejap, saya cuba check lagi sekali.

Dan setiap kali percubaan semua jawapanya “Nama awak tiada dalam sistem". Diorang cakap jugak kes macam ni dah banyak kali kena pada students. Minggu sebelum aku berangkat ni dalam 3 orang student takleh lepas board sbb kes ni.

Hampa.sedih.debar.terkejut.semua perasaan dah bercampur-baur. Sedangkan kawanku seorang lagi tiket nya available and dah bereh check-in. Aku masih disitu masih tunggu perkhabaran berita gembira dari kak dan encik kaunter. Mereka terus cuba menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk melepaskan aku masuk flight. Tenang bercampur bimbang. Waktu untuk boarding tiket hampirtiba. Tapi, jawapan bagi tiketku masih hambar. Last-last,

Encik kaunter : Maaf, kami tak dapat nak buat apa, kalau kami paksa-masuk je kamu, kami bimbang akan risikonya. Decision terbaik adalah kamu tangguh flight kamu. I’m very-very sorry.

Aku diam sahaja. Hanya angguk apa yang dikata. Abah terus berkomunikasi dengan encik kaunter.

Jam 9.45 pg, panggilan terakhir untuk boarding,
Kawanku tadi terus ke boarding, aku hanya mampu menahan airmata. Seakan-akan hati remuk seketika dengan apa yang terjadi. Kami terus ke arah kerusi tunggu, aku duduk di situ. Mata tak mampu tahan lagi, menangis aku di situ, abah hanya mampu diam melihatku sebegitu. Tetiba umi call abah, abah berceritalah pasal aku tak lepas flight. Time umi nak cakap denganku, tangisanku semakin kuat kedengaran, betapa sedihnya aku time tu hanya Allah yg tahu. Ummi turut menangis, tangisanya jua kuat kudengar. Aku cuba tahan tangisan, bimbang hati mak makin risau. Dan semestinya waktu tu dah tak kisah org sekeliling yg sedang memerhati.

Tangisanku reda seketika itu, cuba memikirkan solusi untuk masalah tiket ni, cadangan umi suruh aku tinggal kat rumah kak sepupu yg tinggal di N9 buat sementara sehingga tiket selesai. Aku taknak. Masa ni tak terfikir benda lain melainkan nak balik rumah secepatnya. Then, abah beli tiket ke kuala terengganu. Untung masih ada kosong seat waktu tu. Sampai airport ganu, kawan abah mai ambik. Mereka turut terkejut dan risau dengan apa yg terjadi. Aku seketika itu terus berhubung dengan ejen tiketku berkenaan masalah tersebut.

Sampai je rumah, mata sekali lagi tak tahan, menangis lagi aku disitu. Sekuat-kuatnya, dengan umi sekali menangis. Siapa tak sedih oii! Tak lepas flight kot. Sobss. Dahlah dah lewat masuk kelas dah time tu. 

Tenang-tenang jiwa sikit lepas pada tu. Aku terus contact egen Oman Air. Suruh dia adjust balik tiket aku. It’s not my fault of course. Aku dia cakap dia boleh adjust untuk 9/10 (esok hari). Memang taklah aku nak fly balik ke KL nung dengan keadaan semput cam ni. Then aku mintak 10/10, tapi full booked. Aku dah buntu masa tu.

Then, mak sedara singgah rumah petang tu (baru balik dari kerja). Dia suruh aku booked tiket baru. Takyah pakai Oman Air. Dia suggest naik RJ terus. Aku setuju je. Makayah pon setuju. Bimbang tiket lama ada problem pulak nanti. Tak sampai-sampai aku kat Jordan kang. Mujurlah kawan mak sedara aku ada yang buat bisness egen tiket ni, kira buleh deal lah. Yess! Kira tiket Oman tu burn camtu jalah sbb aku dah mintak refund balik tapi tak dapat. Halalkan je lah.

Hari tu jugak, tiket aku settle dengan bantuan mak sedara. Flight 13/10 pukul 10 malam. Sengsorang ke time tu? Taklah, mujur ada senior kak Najlaa yang nak balik Mu’tah jugak. Sampailah aku ke Jordan pagi jam 6 pagi dengan selamat. Alhamdulillah.

Actually, banyak jugak wang dikeluarkan dari pocket. Flight KL-Ganu 6 tiket. Flight RJ dalam 2000. Ummi cakap "Takpalah, takyah fikir pasal duit, ada la nanti Allah ganti balik, niat tuntut ilmu". Sobss! Thankyou abah ummi. 

Serius, fobia jugaklah dengan kes camni. Sampai sekarang duk teringat kes hari tu. Memang tak balik-balik dah aku. Balik time khirij terus nanti 2017. Tak sabar lak aihh! Ok, habis cerita, bobyes!


Fn: Pengalaman perit kadang melatih kita jadi kuat dan kuat lagi! 

28 comments:

  1. hi bw here! my blog
    www.giftasblog.co.vu

    ReplyDelete
  2. hi , akk dtg sini ..

    thanks tau sebab setia jadi peminat belog akk smpai skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Thankyou kak lyssa jenguk blog kite. :D

      Delete
  3. waa,, memang experience betol eh, sis .. nasib dah settle :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa, menangis dah tak engat dunia time tu. haha

      Delete
  4. Tak faham , macam mana nama tak ada dalam sistem ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan sistem terpadam nama kita sbb tu nama takda dlm senarai. And nak elak benda ni kena selalu check online tiket kite :) and contact egent tiket selalu kalau nama kita tak access time check online tu. :)

      Delete
  5. If im in your situation i will be panic and giveup allready. Nasib baik dpt settle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @missjoan yess, you're true. Thankgoodness. Kalau tak, tak sampai2 dah sini. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah akhirnya sampai juga sis ke Jordan semula ya..
    Experience is the best teacher

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mrs.A thankyou akk, alhamdulillah, betul2! :D

      Delete
  7. insya-Allah..
    di setiap kesulitan pasti akan ada penyelesaian...(^^,)

    ReplyDelete
  8. tak pe dik..
    pengalaman tu mendewasakan kita..

    ReplyDelete
  9. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 20
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. takpe.. jadikan pengalaman .. insyaAllah.. lepas ni mesti takkan berulang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Followbac done. Feel free to visit here again sis. Thankyou for advice. :)

      Delete
  11. pengalaman berharga tu.. untuk dikenang dan dijadikan pengajaran di masa hadapan kan.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Walaupun perit nok hadapi time tu. ^^

      Delete
  12. Jadikan pengalaman sebagai panduan hidup.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Cik Kyra Yap, terima kasih. Jemput baca entry lain ^^

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM