Raya | Jordan

Assalamualaikum. Episod 08 : Jordan Travelogue Hari ini masuk 15 Syawal. Puasa aku dah nak habis. Yeay! Puasa awal-awal lagi ...

Assalamualaikum.
Episod 08 : Jordan Travelogue


Hari ini masuk 15 Syawal. Puasa aku dah nak habis. Yeay! Puasa awal-awal lagi senang sbb masih dalam mood ramadhan. 

Ceritanya hari ni nak cerita pasal raya di perantauan. Aku yakin ramai di luar sana duk tertanya-tanya best ke tak raya di negara orang ni, mesti best gila, kan? Actually, 50-50. Tak best sangat. Takdalah tak best sangat. But, mostly beraya kat negeri sendiri bersama famili lagi best. Lagi meriah. Huahua.

Ok, masuk tahun ni kali kedua aku beraya kat sini. Tahun depan last insyaAllah. Ni pasal tak balik sbb amik sem soifi. Tapi, rasa tahun ni lagi meriah, lagi kecoh, lagi best dr tahun lepas. Tahun lepas, aku tak keluar rumah pun first day syawal tu pasal duk teringat sangat kat rumah tahun tu. Maklumlah, first raya tanpa keluarga. Perit jugak nak tanggung tu.

Apasal yang kecoh sangat tahun ni? Entahlah, padahal malam raya tu kami tinggal berdua je kat rumah. Sorang lagi dah terbang ke irbid pi raya kat sana. Malam raya tu duk pungkang-pungkang kat dapur. Main masak-masak untuk juadah pagi raya esok. Menu kami nasi himpit plus kuah kacang plus rendang ayam. Chefnya housemates aku – Hannan. Aku tulong kacau-kacau hiris-hiris bahan je. Masa tengah masak tulah mcm-mcm benda lawak berlaku. Secret between us je. Haha. Walaupun berdua but happy gile.

Plus baju raya kami sedondon tahun ni. Tema aku colour koko, hannan colour pink. Baru terhegeh-hegeh nak beli sehari sebelum raya. Biasalah, hari lain duk sibuk dengan kuliah sampai ke petang. Memang tak sempat nak pi beli kat Karak nung yang agak jauh dari Mu’tah ni kalau berjalan kaki ke sana. Kali ni citarasa baju raya kami arab style.

Pagi raya, kami siap-siap seawal jam 5.30 pagi untuk ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat raya kat sana. Solat raya arab memang awal. Jam 6.30 pagi depa dah solat. Khutbah depa pun takda panjang-panjang meleret. Selesai solat, kami pulang ke rumah semula, ajak kawan-kawan datang rumah. Jamung makan pagi kat rumah kami. Jam 10 pagi majlis raya yg dianjurkan oleh AKRAM. Aku tak pergi sana sbb mengantuk menguasai.

Haa. Time ni lah mama dengan anak dia datang ziarah raya kami. Aku sorang pulak duk kat rumah ni. Nak tak nak terpaksa jugak bukak pintu. Jemput jugaklah mereka masuk rumah. Hihi. Aku hidang mereka kuih raya yang dibeli tempoh hari. Depa tak makan rendang kita tu, jangan pandai-pandai nak hidanglah. Haha. Depaa puji jugaklah kuih malaysia sedap.

Time ni, dah mereput habis dah bahasa fushah aku. Sembang dengan diorang ikut suka mulut je. Mujur diorang faham je apa aku cakap. Banyak  gaklah duk sembang pasal malaysia dengan diorang. Bila aku cakap aku belajar lebih 20 subjek, semua dalam bahasa arab kecuali 3 subjek je. Depaa terkejut besar. Depaa cakap “Syahadah thanawiyyah kami hanya 15 subjek itupun dah cukup susah bagi kami, MashaAllah. Aku tak terkata apa lah bila diorang sendiri cakap bahasa arab susah. Memang susah pon. Tapi, jadi best bila dah tahu kaedah dia.

Ok, sambung cerita raya. Lepas pada tu, tetiba meseg masuk dr senior aku cakap nak datang beraya rumah. Walaupun agak mengelabah sbb baru bangun tidur. Aku jemput je diorang datang. Dalam 6 orang datang beraya. Bimbang aku tak cukup makanan ke apa. Rupanya, diorang dari rombongan banyak rumah dah. Tu yang kenyang sangat tu. Terima kasih datang rumah.

Petang lepas asar barulah aku keluar rumah pergi jemputan open house bersama rombongan tadi. Pergi rumah Farahiyah, rakan sebatch. Then, ke rumah Najihah, rakan sebatch, segeng sekepala. Haha. Then, terus balik rumah.

Second day raya, bertemakan hijau pucuk pisang. Hari ini memang banyak gila jemputan open house. Dalam 6 buah rumah kami serombongan pergi. Mana tak pecah perut. Haha. First rumah kak Nabilah, rakan sebatch -> Kak Muna, senior -> Bayt Haura’, rakan sebatch geng Kelate -> Kak Awein, senior -> Tarawneh, senior geng dq -> Last, jemput orang datang rumah. Terima kasih sudi jemput kita (ringkaskan cerita tak larat nak type panjang-panjang).

Raya ketiga, aku dah tak pergi mana-mana. Dah start ready untuk puasa ganti. Alhamdulillah. Setiap hari ada je openhouse budak Malaysia ni. Macam Malaysia dah aku tengok. Papahal, mmg terasa raya kat Malaysia walaupun berada di Jordan.

Begitulah sedikit sebanyak kisah beraya aku di perantauan. Sedih dalam gembira. But, enjoy je apa yang kita dah lalui dengan rasa syukur dan bahagia. “Lain syakartum laaziidannakum”.  
Btw, tahun depan last year beraya kat sini. Next year after, i’ll comeback to Malaysia. Nak puasa and raya kat sana pulak! InshaAllah.


Fn : Exam nihaie dah nak datang. Good luck for me and friends. 

You Might Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!