Gempa dan ribut di Tanah Syam, Jordan

by - August 14, 2015

Assalamualaikum.
Episod 10 : Jordan Travelogue

Khamis, 30 Julai
Musim panas di Jordan memang betul-betul panas. Kalau tak bukak kipas dalam rumah tu tak sah malam-malam pun wajib tidur ditemani kipas. If not takleh tidurlah jawabnya. But, dua minggu lepas raya. Bangun subuh biasa akan sambung tidur balik sbb subuh sini awal musim panas dalam 4 lebih dah subuh. Tapi, hari tu tetiba rasa taknak tidur, so duk ngadap laptop masa tu taknak kasi ngantuk.

Then, dalam pukul 6 pagi lebih tetiba rasa katil bergoyang-goyang. Dalam hati terus cakap “Gempa kot ni”. Terlintas fikiran camtu sbb tahun lepas pun berlaku kes gempa kat sini, yang ni second experience  gempa. Terus istighfar banyak-banyak lepas rasa gegaran tuu. Duk teringat kes gempa kat Sabah lagi time tu, macam-macam fikiran dah masuk ke kotak otak. Ya Allah aku mati kat sini ke? Tak sempat jumpa mak ayah? Fikiran dah tak keruan time tu. Hanya mampu doa banyak-banyak muga takda apa-apa berlaku. Tapi, housemate saya tak rasa pun sebab depa tidur time tu. fuhh!

Sejurus lepas pada tu, bukak fb. Banyak newsfeed masuk kasitahu bahawa memang berlaku gempa tadi kat sini. Gempa berskala 4.3 richer berpunca di laut mati jugak macam tahun lepas. Even jauh dari sini laut tu tapi tetap kena tempias sebab Jordan ni kecik je. So, seluruh Jordan rasa gegaran hari tu. Astaghfirullah.

Lepas pada gempa sekejap hari tu, Tetiba je suhu  naik mendadak sampai mencecah 60 celcius kat Jordan. Haa! Korang boleh bayangkan tak macam mana panas suhu tinggi tu. Panas dunia tak sama dengan panas api neraka. Ya robb!


Ahad, 2 Julai
Kelas start pukul 11 pagi setiap hari. Saya keluar rumah biasa pukul 10.30 pagi naik coaster ke Jamiah (Universiti). Hari tu saya perasan satu benda. Cuaca panas dia lain macam je. Terasa macam duduk dalam sesuatu yang terbakar dan berhaba. Masuk kelas pun, semua students duk kipas-kipas muka. Panas terik haba. Sampai doktor pun dah buang habis baju kod. Pelik terlintas di hati.

Habis kelas je dalam pukul  4.45 petang. Memang dalam otak tak sabar nak balik rumah, panas sangat ni. On the way ke pintu pagar Jamiah and sebaik je masuk coaster  (saya bersama housemate, Hannan time tu). Tetiba je angin kuat datang dari arah belakang menyingap masuk seluruh kawasan kat situ. Saya  duduk tepi tingkap time tu memang terpampang depan mata kejadian hari tu. Ingat angin biasa-biasa je.  Hanan duk jerit “Eh, butir beliung!” sebaik sahaja tengok segumpalan pasir naik ditiup angin membentuk butir beliung kecil di kawasan Perang Mu’tah. Tetiba terpaku melihat itu semua, FROZEN! Tak pernah alami semua ni. Terkejut, gerun ada belaka time tu. Apa berlaku ni?-monolog

Then, sampai je kat stesen utama coaster, tengah jalan balik rumah, aku perhati langit. Dah tukar warna merah perang! Warna padang pasir. Ya Allah, ribut pasir ke ni? “Ribut pasir dah ni” tetiba keluar dari mulut time tu. “Ha’aa, ye dah ni ribut” sambung Hannan.

Malam tu, bukak fb. Sah! Ribut pasir melanda seluruh Jordan hari tu. Tapi, kat sini (Mu’tah) tak kuat macam kat Amman, ibu kota Jordan. Tengok gambar kat bawah ni. Menggerunkan tak? Saya tengok gambar ni duk mai fikir macam mana la kalau benda ni berlaku time saya nak balik Jamiah tadi? Ya Allah. Hanya mampu merintih istighfar dan syukur di ketika ini.

Sumber Facebook Arab- Ribut di Amman, Jordan


Actually, semua experience ni tak pernah terjadi dalam hidup. Datang sini, Allah kasi experience tu sekali gus tidak lain tidak bukan supaya saya terus ingat bahawa dunia ni tak kekal lama. Kiamat tu datang bila-bila je. Terus tingkatkan amal ibadat di sepanjang perjalanan ni, kerna hanya itu saja yang menjadi bekalan Akhirat sana.

Sesama beridtighfar untuk setiap dosa yang lalu. And sesama bertaubat atas kesilapan yang lalu. Itulah sifat mukmin sejati dan hamba soleh.


Jom amal doa Nabi Yunus a.s ni!
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

You May Also Like

15 comments

  1. 60deg.. panasnya. tak terbayang. kat M'sia 34deg pun dah rasa macam duk dalam api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Suhu pd masa tu. Skrg dah slowslow turun. Alhamdulillah. :)

      Delete
  2. dahsyatnya, allahu akbar, awak beruntung dapat merasa ngerinya tuh, jelas terpampang betapa besarnya kuasa ALLAH SWT, tu belum hari kiamat lagi tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Allah. Betul tu, tp takot jugaklah. Dunia dah tak stabil skrg. :'(

      Delete
    2. CP pun takut tapi tuhla, dalam takut2 nih iman tetap goyah memanjang..

      Delete
  3. Moga awak sentiasa dalam rahmat Allah sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Raihan Shaklee Amin insya Allah, awak jugak :)

      Delete
  4. Replies
    1. @rubiah kadir insyaAllah kak ruby, mohon doanya ya. Syukran ^^

      Delete
  5. semoga semua selamat dari bencana

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nabila Syifa insyaAllah, di Malaysia juga moga selamat belaka :)

      Delete
  6. Ya Allah. Seram nya... Nasib baik takde pape kan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak @Kakak Tiri Cinderella

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!