Kad atm probs!

by - August 09, 2015

Assalamualaikum.
Episod 09 : Jordan Travelogue


Dah hampir seminggu duk try cucuh kad kat atm. Nak keluarkan duit but tak leh. Dia buat hal time kesemputan duit pocket pulak plus kena bayar yuran sem depan dah ni. Fulamaakk! Oh my kad! (And masalah kad atm antara masalah paling buat diri student oversea tak keruan, haha)

Punya lah cuba banyak kali, ingat atm yang masalah atau takda duit dalam tu. Last cara, ws mak cakap kad takleh keluar duit. Then, mak terus berurusan dengan HSBC (saya pemegang kad HSBC). Kebetulan buat akaun bersama dengan mak so kalau ada apa-apa hal boleh settle terus di Malaysia.

Pegawai HSBC cakap takda masalah pon pada kad gua. Masih aktif. Dah! Saya naik pelik dah. Sebelum ni buleh je buat keluar duit. Pulak, check balance available. But, time nak kuar duit tu ye tulis “Do Not Honor”. Apasal lak ni? Atm masalah ke kad saya problem?

Dan konklusinya, saya dengan yakin mengatakan bahawa kad ni yang rosak. Dah dua tahun dah pakai. Tak mustahil jugak nak rosak. 

Last, saya tawakkal je. Kalau betul kad rosak terpaksa kena post yg baru punya. Even dalam minda "Ya Allah, ujian apa ini?". But, saya set-minded bahawa setiap kali saya diuji, saya yakin ini semua kaffarah dari Allah bagi dosa-dosa saya yang bertimbung. Setiap kali itulah hati rasa tenang bila fikir Allah masih sayangkan dan pedulikan saya. Alhamdulillah.

Esok harinya mak saya pergi HSBC cakap nak buat kad baru. Then dia kasitahu kad saya baru nak aktif semula untuk luar negara. Time mak ws tu perasaan lega gila. Tak perlu fikir pasal pos dah. And hari ni pergi atm dah buleh keluarkan duit. Thankyou Allah! :)

Bukan kad yang problem but sistem dia yang problem sebab baru-baru ni pun ada dengar khabar depa tengah update sistem tak hairanlah jadi problem macam ni kan?. Huhu. Apa-apa pun semua dah settle. Alhamdulillah.

You May Also Like

0 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!