Kenapa saya lebih selesa dengan jubah?

Assalamualaikum. Bismillahirrohmanirrohim, saya mulakan penulisan ini dengan nafas yang panjang. Sebab saya tahu saya tak cukup...

Assalamualaikum.


Bismillahirrohmanirrohim, saya mulakan penulisan ini dengan nafas yang panjang. Sebab saya tahu saya tak cukup kuat untuk melakarkan penulisan berkaitan ini. Diri ni masih banyak yg perlu diperbaiki. Banyak lagi nafsu menguasai diri :’).

Sejak kecil memang saya sudah didedahkan dengan pemakaian jubah oleh abahummi seawal umur 5 tahun. Masuk sekolah pasti, sekolah rendah and sekolah menengah semua diseragamkan dengan pakaian jubah labuh. Namun, pada masa tu saya tak berapa 'minat' dengan jubah ni. Time raya mesti tempah baju kurung punya.

Namun, sejak saya datang Jordan ni. Perasaan cintakan jubah dah mula memekar dalam hati. Rasa lain atau pelik kalau tak pakai jubah time pergi kuliah atau jalan-jalan. Rasa tak selesa nak bergerak. So, sekarang memang almari saya penuh dengan jubah, hehe. Saya datangkan beberapa punca kenapa saya lebih selesa berjubah berbanding pakaian lain.

1.Berjubah ternyata lebih selesa dan nyaman. Bebas bergerak ke mana jua.2.Tak jadi tumpuan warga ajnabi. Namun, tak dinafikan ada jugak sebahagian jubah yang menarik perhatian ajnabi. Perlu berhati-hati dalam memilih material kain jubah. Jangan sampai menjolok mata dan sebagainya3.Oleh kerna ketinggian tubuh saya agak tinggi menyebabkan kalau pakai baju kurung nampak mcm tergantung baju tu sbb singkat (imej pun jatuh pakai mcm ni). So, pakai jubah ni boleh menyelamatkan ketrampilan saya jugakla. Haha. Ia lebih kelihatan bergaya kemas dan smart.4.Dan semestinya ia merupakan pemakaian nisa’ul mukminin yang menjadi idola ikutan para wanita Islam di masa kini.


Pun begitu, saya agak berhati-hati dalam memilih material jubah. Sebab ada suatu ketika dahulu saya ditegur abah (dlm keadaan marah) kerna jubah agak menarik di mata abah even di mata saya jubah tu dah cukup simple-dimple dah. Sejak hari tulah saya lebih teliti time nak beli jubah (takut kena marah lagi, huhu). Saya pastikan 4 perkara sebelum beli mana-mana jubah :

1.Warna tak terlalu terang & menyerlah like orange, pink, turqoise etc.2. Material kain bukan jenis lycra yang melekat pada badan & boleh menampakkan bentuk badan.3.Corak pada jubah tak terlalu banyak, cukup corak pada sisi lengan and dada atau bahagian kaki je. Selagi boleh simple, saya pilih corak paling simple4.Jubah yang memenuhi syarat pemakaian yang ditetapkan syariat [ Tak ketat, tak jarang & tak tabarruj ].


Lastly, saya nak cakap jubah bukan perkara wajib bagi seorang muslim. Yang wajib dan utama adalah pakaian yang menepati ajaran syara’. Tutup aurat ikut ajaran syara’. Ia lebih memandu kita selamat dan selesa dunia akhirat. InsyaAllah.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ
“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” - Surah Al-Ahzab (33)

You Might Also Like

6 comments

  1. Betul kak PC setuju..pemakaian jubah lebih mudah..cuma perlu bijak memilih material kain..corak dan potongannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Mudah and simple. Betul tu kak. Kena bijak pilih. :)

      Delete
  2. suka berbaju kurung (: jubah pun suka jugak

    ReplyDelete
  3. Betul. Siqah setuju. Jubah adalah pakaian yang sangat sesuai dan sopan untuk wanita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 kak, nampak girlish gitew pakainye :D

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!