Belajar bahasa Korea and China

*Jemput singgah baca entry ni dulu ( KLIK ) Korean and chinese language. Dua bahasa asing ni memang diminati ramai orang sejak kebe...


*Jemput singgah baca entry ni dulu (KLIK)


Korean and chinese language.

Dua bahasa asing ni memang diminati ramai orang sejak kebelakangan ni. Terutamanya bahasa korea, kawan-kawan pun duk cakap dalam bahasa tu jah lani. Punyalah kuat pengaruh Korea masuk dalam alam Melayu.

Saya turut di kalangan mereka yang berminat dengan dua bahasa tersebut.  But,  bahasa Cina yang paling diminati, almost 5 years minat bahasa ni. Lamanya. Bahasa korea start tahun ni rasa minat nak kuasai ia.

Seriusly, agak sukar nak kuasai dua bahasa ni sebab takda subjek dalam bahasa ni. Takda kawan bangsa cina atau korea. And tak pernah injak kaki ke dua negara ni. So, cara mudah nak garap ilmu kedua bahasa ni ialah dengan cara online-study. Belajar kat internet jelah. Plus sekarang bermacam aplikasi direka untuk android. So, takda masalah lah nak belajar.

-من جد وجد ومن زرع حصد-

First, saya belajar bahasa cina di satu aplikasi android, nama dia Chinese Skill yang gambar panda tu. Fuhh, susah jugak rupanya bahasa ni. terutama dari segi penulisan caracter cina (dalam bahasa cinanya di panggil Pinyin). And aku lebih kepada bahasa cina Mandarin sebab ringkas dan tak susah nak kuasai. Kalau cina tradisional tu (cantonis) memang parah jugak nak belajar. So, kita ambil yang senang-senang je.

Kalau bahasa korea (atau Hangeul dalam dialect depa) pulak saya guna aplikasi Korean yang ada gambar burung kakak tua tu. Aplikasi ni lebih kepada penggunaan harian, bahasa ringkas-ringkas. Di samping tu jugak saya banyak nonton Variety Show Program (pasal drama korea saya tak berapa minat nak tengok) macam Running Man (yang ni paling suka), Appa, Where Are You Going?,  and  The Return Of Superman. Selain dapat kuasai cara penggunaan bahasa mereka dapat jugak hilang stress tengok budak-budak korean yang comel-comel tu. HAHA!

Sekarang ni, saya tengah nak kuasai dua bahasa ni dengan baik walaupun tengah sibuk study subjek yang semuanya dalam bahasa arab. Moga-moga dapat dikecapi impian nak kuasai banyak bahasa asing dalam hidup ni. May Allah blessing!  InshaAllah.

Sekian story saya!  Syukran. Gomabseubnida. Xiexie!


Kiri ni aplikasi Korean and kanan aplikasi Chinese Skill. Boleh cuba install mana yg berminat nak dalami dua bahasa ni. :)


fn : Sapa minat dua bahasa ni? Kite geng!

You Might Also Like

5 comments

  1. Hahaha. kelahh k.cikk. d.suu minat koreaa je. Hehoo. 😁😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelahh setare mane deksu? Haha. Korea mmg takleh lawan la populariti die skrg. Sampai kak chik yg tak minat buleh jd minat skrg. Haha.

      Delete
  2. Me too ! Pengaruh Running Man dah merebak seluruh rumah saya . Satu family pakat layan . Haha .

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!