Sekitar panorama bumi Jordan

Assalamualaikum.
Episod 11 : Jordan Travelogue


Hai-hai, bertemu lagi dalam episod Musafir & Travel Urdun ni. Kali ni just nak kongsi gambar-gambar lokasi permusafiran ni je. Jom enjoy! Taken by : Lenovo S860 ; Panorama.



TARAWNEH

Satu banggunan penempatan pelajar-pelajar melayu kat sini. Mempunyai 3 tingkat dan 6 buah rumah. dulu-dulu, first datang sini, tinggal kat syuqqah (banggunan) ni la. Dinamakan Tarawneh bersempena nama keluarga Baba syuqqah ni.

MABNA-SYARIAH

Mabna Syariah, sebuah blok banggunan untuk mahasiswa/wi bagi kuliah (kos) syariah dan undang-undang. Terdiri dari 4 tingkat jugak, tingkat bawah & satu lokasi kelas-kelas, tingkat 3 lokasi pejabat pensyarah kuliah undang-undang, dan tingkat atas/4 lokasi pejabat pensyarah kuliah syariah. Kebanyakkan kelas saya di banggunan syariah tapi tak semua, ada juga kelas di banggunan adab dsb.

MASJID SYUHADA'

Masjid syuhada’. Merupakan lokasi utama di kawasan Mu’tah ni. Sanfur-sanfur (student baru) wajib kenal Masjid ni sebab apa-apa hal semua wajib berkumpul kat sini. Di tepi sebelah kiri masjid ni adalah stesen utama coaster ke Jamiah. Ops, masjid ni baru je dikemas kini mcm dalam gambar ni sebab tu nampak baru. hihi. 

PEKAN KARAK

Karak, sebuah pekan membeli-belah pelajar melayu kat sini. Kalau kat Malaysia mcm pasar kedai payan Terengganu tu. Tapi, karak ni lagi besar kot, berbelok-belok jalan dia, kalau pergi sorang-sorang buleh sesat tak kenal jalan balik. Nak ke sini kena naik coasterlah sebab jauh sikit dari Mu’tah. Mcm-mcm barangan di jual kat sini : pakaian, makanan, kasut, beg, buah-buahan, semua ada, murah pun murah. Point utama kat Karak ni ada tugu Salahuddin Al-Ayubi.  

PEKAN MU'TAH

Pekan Mu’tah, kawasan tempat tinggal saya dan pelajar sini. Pun sama mcm Karak, mcm-mcm ada and kalau dari segi harga murah Karak lagilah dari segi barang pakaian kasut tu. Time raya, mmg pelajar sini pergi berjimba di Karak lagi berbanding kat Mu’tah ni. Jimat!

JABAL IRAQ

Jabal atau bermaksud bukit ini berkedudukan tak jauh dari Mu’tah ni lebih kurang 5 minit naik kenderaan ke sana. Satu panorama yg sangat cantik, boleh tengok pemandangan bukit-bukau dihiasi rumah-rumah kecil di sana. Dari sini jugak buleh nampak laut mati yg terletak di Amman. Satu aktiviti wajib kami bila datang sini adalah merakamkan detik-detik indah pemandangan sunset. Subhanallah, comel gila-gila kot. Indah ciptaan sang kuasa.

SYARHABEL ECO PARK

Ni salah satu park di Jordan yang berkeluasan terlalu besar & luas, siap berbukit lagi nak naik masuk sana. Terletak di bandar utama, Amman. Nak nikmati pemandangan lagi cantik kat sini, kena datang time spring, musim bunga. Buleh tengok bunga berkembang mekar memenuhi kawasan datar kat bawah dari atas bukit. Very-very wonderful!


Sampai sini dulu kisahnya. Actually, banyak lagi tempat yang tak jejak and tak ziarah lagi di bumi Jordan ni. InsyaAllah akan datang akanku jejaki jika berkesempatan.


Thank You For Reading

2 comments:

  1. Syarhabel eco park tu cantiklah pemandangannya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Mohon copy gambar Masjid Syuhada, terima kasih

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM