Tiga bahasa favourite!

Uhayyiikum bitahiyyatil Islam. Tahiyyatan min ‘indillah fassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Annyeonghaseyo! Jeoneun sharifah mid...


Uhayyiikum bitahiyyatil Islam. Tahiyyatan min ‘indillah fassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Annyeonghaseyo! Jeoneun sharifah mida. Ni hao, Wo shi nui ren, sharifah.

Arabic. Korean. Chinese. This three languages have turned me on on them. Just love it and i like to fluent in these three languages perfectly.  Check-it out my story chingu-ya!

Arabic language.

Bahasa arab. Lughoh arabiyyah. Saya suka bahasa ni sejak naik sekolah menengah. Actually, start belajar bahasa arab ni since sekolah rendah di Madrasah Darut-Taqwa, Batu 6. Salah sebuah sekolah rendah agama. Banyak subjek dalam bahasa arab like hadis, sirah, akhlak. Masa tu tak tahu apa benda lagi bahasa apa ni, kenapa perlu belajar dalam bahasa ni?

Masuk sekolah menengah abah ummi hantar sekolah agama jugak, Maahad Darul Quran, Rusila. Time kat sekolah nilah baru sedar kepentingan belajar bahasa arab dan bergunanya ia pada aku saat belajar di Negara arab ni.  First kejutan budaya kat sini, (tingkatan satu time tu) kena belajar asas bahasa arab iaitu subjek Nahu. Fulamak! Bukan main payah subjek ni. Pening apa kebendalah isim marfu’, ‘alamat i’rob, isim majrus apa semua ni.

Masuk tingkatan dua, lagi pening dengan subjek ni. Apa benda isim mabni mu’rob semua ni??. Yang belajar tingkatan satu hari tu pun tak faham full lagi tambah pening and blur saya  time belajar ini semua. Haha. But, sejak tahun ni lah dah mula terbuka hati nak terima subjek ni masuk dalam hidup saya. Dah start fall in love with this subject at this moment disebabkan seorang ustazah kelas tambahan yang dah berjaya memahamkan diri ini  step by step. Ustazah Yani atau kitorang panggil dia kak yani, lepasan belajar di Syria aka kakak kawan saya jugak (banyak pulak).

Seorang lagi ustaz yang berjaya memahamkan saya  100% dalam subjek Nahu ni sekali gus membuatkan saya  bertambah cinta dan suka akan subjek ni. Ustaz Rozi, guru kelas tambahan kami bagi subjek ni. Beliau antara guru yang sangat mahir dalam subjek Nahu dan Sorof kat sekolah kami. Kitab yang digunakan iaitu Kitab Matan Ajrumiyyah, sebuah kitab asas Nahu  yang memang terkenal di kalangan mereka yang mendalami bahasa Arab. Kata ustaz “Kalau kamu hafaz kitab ni dah cukup memadai untuk fasih I’rab dan bahasa Arab”.

Saya  start talaqqi kitab tu dengan ustaz masa tingkatan 4 tak silap and habis talaqqi akhir tahun tingkatan 5. Talaqqi diadakan pada setiap hujung minggu cuti. Bersamaku  jugak time tu sahabat yang lain : Nadhirah, Hawa, Hajar dan ramai lagi. Alhamdulillah, sangat berguna talaqqi ni pada saya.

Tribute buat mereka : Jazakumullahu khaira jaza’ buat ustaz Rozi dan kak Yani. J Hanya Allah mampu balas jasa besar kalian terhadap diri ini. Terimakasih banyak-banyak!

Dan sampai sekarang aku teramat-amatlah minat dengan subjek ni. Sebab banyak membantu aku dalam menguasai subjek arab yang lain seperti tafsir, ulum quran, usul fiqh, ulum hadis, mutholaah, balaghah dan banyak lagi. Thats why jugak aku pilih untuk sambung belajar peringkat Universiti di negara Arab. Supaya dapaat kuasai dan dalami lagi bahasa arab. Bukan sahaja dari segi penulisan but juga percakapan even sampai sekarang aku masih lemah dalam komunikasi arab. Nak cakap sikit-sikit tu bolehlah, tapi kalau suruh ceramah dalam bahasa arab tanpa teks memang failed lah! Haha.


Notes: Satu istimewa tinggi bahasa ni ialah ia merupakan bahasa ahli syurga, bahasa Al-Quran, bahasa para Nabi-nabi alaihis salam. Tak rugi belajar bahasa ni. Tak rugi! Jom belajar!


Stop here! Syukran. Gomabseubnida. Xiexie ni.


Kiri foto kitab Matan Ajrumiyyah
Nak mahir lagi baca syarah dia sekali (kanan)



FN: Dua bahasa lagi jemput baca entry ni! (KLIK)

You Might Also Like

2 comments

  1. terima kasih :D macam mana nak follow blog awak eh? tak jumpa widget followers :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Fatin Liyana hihi dah jumpe kan? Terimakasih followback sy :)

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram