Tips Mencintai Al-Quran

by - August 13, 2015

Assalamualaikum


Jom cinta Allah!

Cinta itu satu anugerah fitrah insani yang membuat kan seseorang selalu mengingati, menjaga, melindungi, rasa ingin mendampingi dan mentaati yang dicintainya. Justeru, mencintai Allah pastinya membuatkan kita rasa seperti itu juga, rasa ingin mengikuti segala aturan yang telah diaturkan oleh-Nya di dalam Al-Quran.


Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w mencintai Allah sepenuh jiwa dan raga baginda dengan cara menjaga kesucian kitab-Nya, mengamalkan isi kandunganya dan menyebarkan ilmu-ilmu Allah yang terdapat di dalam kitab tersebut serta memperjuangkan kalimatulhaq yang dibawa oleh Alquran, begitu jualah sepatutnya kita, sentiasa mencontohi sikap dan cara hidup Nabi s.a.w iaitu mencintai Allah s.w.t melebihi segala-galanya.

(( قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّه فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّه وَيَغْفِر لَكُم ذُنُوبكُم ))
Āli `Imrān:31 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Lantas, apa bukti kita cinta Allah? 

Al-quran merupakan kalam Allah jua kitab Allah yang penuh mukjizat yg diturunkan melalui wahyu perantaraan malaikat Jibril kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebuah kitab panduan umat manusia di sepanjang zaman. 

Cinta Al-Quran merupakan antara bukti cinta kita pada Allah, pemilik wahyu. Kalau tak cintakanya (al-quran)? Masakan kita boleh terus taat pada-Nya walhal seluruh isi suruhan dan laranganya termaktub dalam Al-Quran. Berpegangnya kamu dengan prinsip kitabullah menjadi bukti kuat bahawa kamu mencintainya (al-quran) dan juga pemiliknya, Allah. Betul tak?

Lantas, bagaimana ingin menanamkan rasa cinta terhadap Al-Quran? Rasa ingin selalu mendampingi Al-Quran? Rasa ingin menjadikanya sebagai panduan di setiap detik perjalanan hidup kita? Rasa ingin segala-segalanya bermula dari Al-Quran?

Saya kongsikan beberapa tips ringkas hasil dari pengajian saya bersama Syeikh Solah Al-Khalidi di dalam satu program “Kaifa nahya bilquran?” yang bermaksud “Bagaimanakah (cara) kita mahu menghidupkan Al-Quran?”, Moga-moga ianya memberi manfaat dunia dan akhirat kita bersama. InsyaAllah.

Tips mencintai Al-Quran, kitabullah :
1. Fahami hukum hakam tajwid
2. Dalami hukum hakam di dalam al-quran
3. Tadabbur isi kandungan Al-Quran
4. Hafal surah-surah
5. Amal syariah Al-Quran 
6. Sebarkan ilmu berkaitan Al-Quran


Okay. Senang je kan? 6 tips yang simple dan mudah untuk diamalkan. Pesan syeikh Jaafar guru daurah tajweed saya "Ilmu Al-Quran ni kita belajar banyak kali pun takpa, lagi elok and dapat pahala lagi".  So, apa tunggu lagi. Jom jom pelajari ilmu Al-Quran, masih tidak terlambat untuk kita selaku muslim. :)


"خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهٌ" -Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkanya- hadis




You May Also Like

2 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!