Masam Garam Arab

Assalamualaikum. Episod 10 : Jordan Travelogue 31 Ogos, Semalam pergi beli garam satu kedai ni. Dah cari garam biasa tu tapi takd...

Assalamualaikum.
Episod 10 : Jordan Travelogue

31 Ogos,
Semalam pergi beli garam satu kedai ni. Dah cari garam biasa tu tapi takda, then tanya tuan kedai ada ke tak garam. Dia pun keluarkan yang timbang tu, plastik kecik je. Mintak nak dua dinar sebab tak biasa beli garam timbang sebelum ni. Tapi tuan kedai tu cakap kalau kau beli sekilo aku kasi 2.25JD, saya cakap nak setengah je, dia cakap kalau setengah 1.50JD, baik kau beli sekilo terus. Saya duk pelik dah kat situ, camna plastik kecik tu sampai 2 dinar? Tapi, beli jugak sbb gi kedai lain takda jugak.
 
Balik rumah, plan nak masak kari ikan. Masak punya masak, masukkan semua bahan, ikan, rempah, santan semua tu. last, masuk garam baru beli tu. *ARGHHH! Rasa apa ni? masam gile kot. Haa, garam lain macam ja ni. Bukan garam biasa ni. Then, belek-belek balik plastik garam tu dia tulis “GARAM LEMON”. *mengeluh panjang aku time tu. Terbantut kempunan nak makan kari ikan.

Petang tu, ajak kawan rumah sebelah terus pergi kedai tadi balik. Sampai situ,

“Biddi birja’ ilaik hai, Lesh haamid, syodiq?” (Aku nak pulang balik pada kau barang  ni, kenapa masam garam ni?) aku terus letak garam tu depan dia.

“Sohh, hamidd lianuu mileh lemon hai” (Ha’a, memang masam sebab ni garam lemon) dia balas nampaklah muka mcm nak cover penipuan dia tadi. Dalam hati duk fikir “Takkan dia tak tahu kita guna garam biasa je?”. Pelik.

“La! La! Ma biddi mileh lemon, biddi mileh ‘adie bass, laakin tu’thiini hai mileh!” (Taknak! Taknak! Aku nak garam biasa je tadi tapi kau kasi aku garam ni!) aku balas balik, suara agak tinggi sikit masa ni.

“Masyi,masyi,, hai sodeeq” (Baik-baik, nah) sambil hulur duit pulangan balik kat aku. Lepas tu, pergi kedai lain jumpa garam biasa tu, 750gram hanya 0.20kurush je.

Dalam hati, haihh mujur boleh balik duit. Kalau tak membazir melayang mcmtu je duit gua. Nak berurusan dengan orang arab ni memang susah sikit. Nok menang ke dia je biase. Tapi, saya kuatkan jugak hati nak balik duit saya tu, tawakkal je. Alhamdulillah, dapat balik.

Lepas pada ni kena teliti setiap barang kat sini. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu penjual. Hanya kami orang Malaysia tak beerti kami tak pandai baca and tak tahu bahasa arab.



Moral : JANGAN SESEKALI KITA MENIPU DALAM HAL JUALBELI, BERSIKAP JUJURLAH, KERNA KEBERKATAN REZKI ITU ADA KAT SITU. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. tak pasti apa kegunaanya, first time jumpa, taste dia memang masam, tak sesuai untuk masakan.

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram