Aku juga nak berhipster . . .

Assalamualaikum.

Pernah rasa tak? Kenapa aku tak boleh buat itu ini sedangkan orang lain boleh buat? 

Orang berfashion berhipster berhiphop, pakai jeans sendat, sweeter hoody, kasut nike plus make up cun gila gaya kpop apop jalan sana-sini. Kenapa aku berjubah? Berniqob? Berjilbab? I think pakaian aku sekarang yang paling ketinggalan zaman. Takda taste langsung orang cakap. Aku nak berfashion berhipster berhiphop jugak, kenapa aku tak boleh? 

Orang bersosial sana sini. Kengkawan lelaki ramai gila, gelak ketawa bersama. Pergi mana-mana ada kawan laki. Bergambar berkepit sana-sini. Aku hanya duduk di ruang dikeliling perempuan. Gelak-gelak pun sama perempuan etc. Aku nak macam tu jugak, macam bahagia saja nampak. Tapi, kenapa aku tak boleh?

Orang lain boleh ceburi bidang yang diminati macam bidang hiburan. Boleh nyanyi di karaoke, dance sana-sini as a public. Lastly dapat perhatian dan dokongan ramai orang. Dapat job as singer, model dapat income gaji beratus-ratus ribu. Aku? Nak nyanyi, masuk bilik tidur layan sorang-sorang saja. Dance lagilahh. Serius, aku memang minat bidang muzik. Tapi, tak boleh sebagai kerjaya. Kenapa aku tak boleh?

Orang lain posting gambar-gambar, video-video selfie welfie gila-gila bergaya panjat sana lompat sini di media sosial. Mereka boleh buat semua tu, kenapa aku tak? Aku memang nak sangat buat macam orang lain buat. Rasa macam bahagia je buat macam tu. Dapat beribu-ribu likes, beratus-ratus comment pujian, sokongan orang. Bestkan macam tu? So, kenapa aku tak boleh? Dan banyak sebenarnya benda yang aku nak sangat sangat sangat buat tapi aku tak boleh? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tetiba aku teringat ajaran Duktur Tholib Surairah seorang syeikh bidang tafsir. Duktur said “Nikmat ni ada dua jenis. Nikmat maadii iaitu dunia dan nikmat ma’anawii iaitu akhirat. Nikmat maadii contohnya kau dapat kereta, harta banyak, pakaian mewah dsb. Nikmat ini Allah Maha Ar-Rahman beri kepada semua orang mukmim walaa kaafir. Manakala nikmat maa’nawi dan yang ini special, tak semua orang boleh dapat. Hanya insan yang dipilih Allah Ar-Rahim saja yang dapat menikmatinya. Apa tu? Nikmat imaniyah, nikmat ilmu, nikmat adab”.

Yess, mungkin itu faktornya kenapa aku tak boleh buat itu ini. Sebab Allah sudah pilih aku to be of the one to get this NIKMAT. And memang betul, when perasaan nak buat benda semua tu datang, satu bisikan hati kuat mengatakan “Kenapa kau perlu buat semua ni, semata-mata nak raih perhatian manusia, sedangkan kau berhempas-pulas selama 15 tahun hidup belajar agama untuk lawan semua anasir-anasir luar tu, sia-sia sajalah kau belajar tafsir, hadis dan al-quran jika benda kecik ni saja kau dah tewas di tangan syaitan! Bagaimana pulak kau nak hadapi fitnah Dajjal nanti jika fitnah sekecil ni kau dah tewas!?”

Termuhasabah aku seketika. Takpalah, aku pujuk hati aku “Sini kau datang untuk singgah semata, ada satu tempat yang selama-lamanya akan jadi tempat tinggal kau selama-lamanya. Kau nak SYURGA ke NERAKA? Nak syurga, kau kena korban segala kata nafsu kau. Kena struggle kuat ikut kata Tuhan kata Utusan Tuhan”.

Takpalah “Nikmat dunia ni kecil cuma jika dibandingkan dengan nikmat syurga nanti”. Takpalah “Arak syurga lagi sedap dari arak dunia”. Takpalah “Pakaian syurga lagi berhias cantik dari pakaian dunia”. Takpalah “Ahli syurga lagi hensem dari ahli dunia”.Takpalah sharifah, takpaa. Allah dah janji kan?

Hal jazaaul ihsani illal ihsann -Ar-Rahman?

4 comments:

  1. Allah. seriouslyy. sy pun pernah terfikir benda yang sama. Allah gerakkan hati nak baca post awaaa. thanks. doakan sy. salam perkenalan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa. Saya ingat saya sorang je mcm ni. :') alhamdulillah. sama2 mendoakan jua, salam taaruf :)

      Delete
  2. Thanks... Dapat motivasi kat sini... Salu gak rasa nak jadi macam yang lain.... Tapi nikmat sekarang sudah cukup baik :) Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga kita istiqomah di jalan ini :') @Kakak Tiri Cinderella

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM