Pre-Winter 3.0 di Jordan

Assalamualaikum Episod 13 : Jordan Travelogue Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dapat merasai pre-winter kali ke-3. ...

Assalamualaikum
Episod 13 : Jordan Travelogue


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dapat merasai pre-winter kali ke-3.

Hari ni, masuk minggu ketiga sudah musim syita’ (sejuk) di Jordan. Dan ia makin sejuk makin sejuk makin sejuk. Malah nanti suhu makin rendah. Musim nilah, susah nak buat apa-apa kerja. Terutamanya nak study...haha


Why susah? Sebab sejuk. Kat rumah takda heater automatik dalam rumah. Kena beli pasang suku, pulak mahal. So, terpaksa bertahan jalan-jalan dalam rumah dalam suhu sejuk ni. Satu benda je yang membantu panaskan badan ni iaitu CADAR ELETRIK. Tapi, itulah, sebab benda tu dipasang di tilam kan, faham-fahamlah nanti camna. TIDUR! Tengah-tengah study pun boleh melemahkan semangat nak teruskan study, haha.


Ni baru ceghita dalam rumah, kalau keluar rumah tu. MasyaAllah sejuknya kalah peti ais. Campur lagi angin syita' nya yang masuk di setiap ruang, pfftt. Sejukk!! Keluar rumah memang WAJIB pakai tebal-tebal, berlapis-lapis. Semuanya sebab nak jaga badan terutama tulang kita. Bahaya kalau terdedah dengan sejukk melampau. 


Ni baru musim sejuk, kalau salji turun nanti tak tahulah nak kata apa. Lagi nafsu MALAS tu tinggi dan time tu SEMANGAT tu kena selalu kuat dan tabah! LAWAN segala anasir yang membekukan otak dikala bumi sedang membeku, *kemain ayat.

Waktu solat time musim ni :
Subuh – 4.38 am
Zohor – 11.22 am
Asar – 2.19 pm
Maghrib – 4.40 pm
Isyak – 6.10 pm


Semua awal, jadinya, terasa malam tu terlalu panjangg panjangg, nak study pun best gilaa kan? Tapi tulaah sebab malam lah suhu makin sejukk, time tulah takleh nak buat apa rasa. Mhuahuahua, 

Pesan senior, time musim sejuk nilah Allah nak ajar kita satu benda iaitu menggunakan waktu malam yang panjang sebaiknya dan waktu siang sebaiknya. Bagaimana? Waktu siang pendek, amat cantik jika penuhi ia dengan berpuasa. Manakala malam yang panjang, tidur awal boleh set jam bangun pagi solat tahajjud. Cantik, kan? 

Gambar minggu lepas, boleh nampak kabus sejuk di belakang sana


Okay, walaupun musim ni paling aku suka apatah lagi bila salji turun nanti. Excited kemain kami. Tapi, musim nilaa banyak uji kerajinan dan istiqamah aku untuk buat apa-apa. Plus kena banyak jaga kesihatan masa ni, demam tu biasalah nanti. Takk sanggup rasaa, huhu. :'(

-Habis ceghita-


*Ramalan cuaca teruk minggu depan ni, tanah saudi kemungkinan hadapi hujan ribut. Mohon doakan kami di sini, moga tiada apa-apa buruk berlaku. Tawakkalnaa 'alallah.

You Might Also Like

3 comments

  1. bab cadar elektrik tu korg memang unikk,,mesir xdee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius? Jadi korang pakai apa utk panaskan rumah? Sobah ke?

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram