JAULAH WAFIDIN : 바닷가!! (PANTAI!!)

Assalamualaikum. Episod 18: Jordan Travelogue bersambung ceghita lepas . . . SINI! Jumaat , 18 MAC 2016 , 2nd day of j...

Assalamualaikum.
Episod 18: Jordan Travelogue


bersambung ceghita lepas . . . SINI!


Jumaat , 18 MAC 2016 , 2nd day of jaulah :-
Alhamdulillah , masuk hari kedua kami berjaulah mencari ibrah.

Pagi tu , kami bertolak dr hotel ke pasar jam 10 pagi untuk ambil sarapan. Alhamdulillah , kenyang sarapan dengan Zinjer bapak gedabak tu , harga 1.50JD. Okayla sebab besaqq , kenyang pun kenyang. Lepas sarapan , kami jenjalan lagi kat pasar tu , borong macam-macamla , terutamanya kasut sebab murahhh gila kat sana. Bergandala kat Mu’tah ni. Pulak cantikk dan bergaya pulak style kasut dia tu. so , siapa-siapa yang datang Pasar Balad ni jangan lepaskan peluang pi beli kasut ye. 

Lambakan kasut, cantik & murah-murah saja
Solat zuhur kemudian kami bertolak ke Pantai Janubi Aqabah tepat jam 1.30pm. lepak-lepakla kat situ sat. Teruja gakla sebab dah lama gila tak pergi pantaii kot. Pulak sini je satu-satunya pantai kat Jordan ni. Ramai gila orang plus pelancong lagi haa. Agak terhad jugak kami nak berjimba kat situ but sokay ambik jugak gambar banyak-banyak situ.

Pemandangan di pantai Aqabah


Di jeti



Kemudian pukul 4pm kami bertolak balik untuk isi perut yang sudah berkeroncong dengan irama lagu macam-macam dah. Dan sampailaa kami di sebuah restaurant yang bernama [Rakwet Kanaan Restaurant & Cafe]. My first expresion “Perghhh! Mewahh gilee mat’am ni!”. Masuk dalam restaurant , serius macam orang vip kot. Kerusi sofa kot , memang empuk dan tenang nak makan, haha. Layan foto bawah ni~





Satu sudut menarik di retaurant

At entrance of restaurant

Tak lama kami duk situ , datanglah staff-staff restaurant duk hidang kami makanan. Bagus dia punya layanan kepada costumers. Kemas , teliti & pantas gerak kerja depaa. Salute ahh!

Kami dihidangkan dengan Nasi Kabsah + mukhollal (jeruk timun , lobak putih , lada) + laban (susu masam- memang aku tak makan) + air karbonate orange. MasyaAllah , lazizzz gila kot Kabsah dia , habis satu pinggan aku ratah. Kenkawan aku lain terkejut tengok aku (depa tak habis pon makan). Lapar beb laparrrr!


Selesai makan je , staff dia terus kemaskan meja kita tu. Bagus kot kerja camtuu! Restaurant mewah kan , memangla segala benda kena kemas + bersih + teliti. Bagus! Bagus!Hargaa makanan aku tak tahu mahal ke tak sebab Ammu-ammu ni belanjaa kamii. Yey! Bahagia je bila ammu kata “Ghoda’ majjanan (Free lunch)”. Asykur kathir ya ammu-ammu semua~

Kami pulang ke hotel jam 9.30pm. And. Rest. For. Tommorow. Travel. Of. Petra!


=> Next destination Petra , antara 7 keajaiban dunia~ SINI-SINI!

You Might Also Like

4 comments

  1. keep post entry mcm ni, cikja suka baca since tak pernah sampai ke sana, take care awak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou so much cikja @Suhaiza Suki , singgah lagi di entry akan datang ye :) :D

      Delete
  2. Replies
    1. heee~ bace bace jangan tak bace @Aienienka Peter :D

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram