JAULAH WAFIDIN : البتراء PETRA!! (last d-day)

Assalamualaikum. Episod 19 : Jordan Travelogue bersambung entry lepas . . . SINI! SABTU , 19 MAC 3rd day of jaulah :- Alha...

Assalamualaikum.
Episod 19 : Jordan Travelogue


bersambung entry lepas . . . SINI!


SABTU , 19 MAC 3rd day of jaulah :-
Alhamdulillah , dah masuk hari ketiga kami berjaulah berjalan berlari mencari identiti diri muhasabah harian tengok alam ciptaan Tuhan maka nikmat manakah yang kamu dustakan wahai hati manusia? 

Actually , rasa sedih pula bila dah nak balik mu’tah ni. sekejap je masa berlalu , 3hari tak cukup lagi rasanya berjalan makan angin buang segala tension duniawi. AHHHHH! 

BUT! I’m really excited for today’s travel sebab kami akan jelajah kota yang penuh misteri dan keajaiban iaitu PETRA – The RoseCity (klik link untuk detail lanjut) yang telah dinobatkan sebagai antara 7 keajaiban dunia pada tahun 2003. Apa yang ajaibnya ? Yess , bila datang sendiri tengok depan mata baru terasa KEAJAIBANya tu. Kalau sekadar tengok dalam gambar , tak terasa mana kot. Hee~ 

Dan aku memang dari dulu lagi nak sangat jejak PETRA ni , alhamdulillah DIA kasi peluang padaku untuk jejak sendiri dan lihat sendiri dengan mata hati betapa ajaibnya kuasa DIA yang mengilhamkan idea kepada hamba-hambanya. Subhanallah!

PETRA mempunyai 3 bab (pintu) atau bahasa kita checkpoint. Dan nak habiskan kesemua checkpoint tu , ambil masa 5 jam ke atas. Kami hanya sempat sampai ke pintu pertama sahaja iaitu di Al-Khazneh or Treasury (pusat tumpuan pelancong) disebabkan kami sampai jam 1.30pm dan masa yang diberikan pengiring untuk jelajah sana adalah 3 jam sahaja. Singkatnya masa. Takpalah , sekurang-kurangnya dah habis checkpoint pertama kan. Dua checkpoint lagi kita pergi next time , insyaAllah! InsyaAllah! 

Taknak ceghita panjang , kita layan foto-foto bawah ni sekali dengan klip suasana PETRA di pintu pertama , enjoyyy~ 
Pintu masuk ke Petra

Beberapa seni ukiran batu di Petra


Laluan ke Khazneh , The Siq (shaft) yang berketinggian 299-597 kaki
It's so amazing to be walking there , Allahu Akbar!

Paved road in Siq

This is Al-Khazneh , the most famous monuments in Petra , MasyaAllah!


Nak naik kuda pun boleh, harga 4jd sahaja. Besttttt!


Sibuk ammu ni masuk gambar sekali, nak berdua dengan kuda pun tak boleh~



Cenderahati pun ada dijual di pintu utama, Sapa nak? Lai-lai~


Kedai makan pun ada, kot lapar kan penat berjalan


Signboard Petra , sayangg gila nak tinggal Petra~ Taknak balikkk~


JapppP! Tak habis lagi , layann video bawah ni dulu, maaf dulu bergegar sikit sebab jalanya berbatuu amattt~ 



setting ke HD untuk quality video :)

Camtulah penghabisan jelajah Jaulah Wafidin kami , best sangat sangat sangat kot. First experience pergi jaulah bawah Arab. Walaupun agak kalut sikit bila berurusan dengan arab ni but THE BEST EVER! So, i would like to thanks to Ammu Yahya, Mama Dhuha and the geng , also buat ketua rombongan Malizi kawanku Syerah (penat kot nampak bila kena berurusan dengan arab ni, hehe). Also my jaulah's mate, Hannan dan Kak Dibah. Also semua peserta rombongan Malizi mahupun thailand kerana sudi join bagi memeriahkan lagi suasana jaulah ini. Jazakumullahu khairan jaza'. Jumpa lagi di lain hari (kalau ada lagi, nak join lagi >D<) 
Jaulahmates from Thailand
Thanks you all

You Might Also Like

2 comments

  1. amazing place!! Bestnya ada peluang ke tempat ajaib begini :)

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram