DOTA

Assalamualaikum Dinner of Traditional Appreciate , batch JM (Jiilul Muathir) bertarikh 22 April 2016 , Sabtu , jam 7.30 pm bertemp...

Assalamualaikum


Dinner of Traditional Appreciate , batch JM (Jiilul Muathir) bertarikh 22 April 2016 , Sabtu , jam 7.30 pm bertempat di Hall Abbasy , Jamiah. Eh , apahal kecoh sangat ni ?

Haa! Sebab aku berjaya join program batch aku ni. Berjaya lawan segala anasir-anasir dalaman yang berbisik supaya kau jangan pergi. Maklumlah , seorang introvert macam aku ni susah gila nak join program-program kemasyarakatan macam tu. Entah nak takutkan apa. Or maybe tak minat program campur laki pompuan sebab tak biasa. Ok, tak biasa. So , hari ni aku berjaya atasi dan lepasi introvert aku tu. Tepuk tangannn ramai-ramaii.

Tema program tradisonal , so pakaian pun kena tradisi la. Baju kurung ja lah aku , dah tu ja yang ada. Program start pukul 8 pm diikuti bacaan doa , asmaul husna , ucapan pengarah , ketua batch , timbalan batch , cabutan bertuah , cenderahati khirij , persembahan zapin , nasyid , game pon ada (syabab ja la).

Main course malam ni ikan sweetsour + nasi putih + sayur lemak. Okaylah boleh hilangkan lapar perut yang berkeroncong dari tadi. Lepas makan-makan , sesi fotografi pulak la sebelum bersurai-leraii. Oh yeah! Benda wajib ni. 

Jam 11.30 pm sampai rumah. Okay! Lagi sekali aku bangga dengan diri aku sebab berjaya lepasi dugaan seorang introvert ni. Dugaan ni hanya si introvert saja yang tahu rasa. Sakit senarnyaa. TAHNIAH SHAFUHAN! YOU DID IT!!!
– tag bersama : Zati | Kak Timah | Jiha | Hanan | Aiman | Syerah.



Terimakasih penganjur penat lelah dinner ni. Lain kali taknak join dah. :P

You Might Also Like

3 comments

  1. SHAF !!!
    HIHIHI
    Maaf bertanya, nape cmtu chik shaf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Napee teh pelik ea? Entah lerr bakpe jadi gitu. HAHA

      Delete
    2. HAHA sikitlah pelik.. Mgkin ada alkisah disebaliknya :)

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!