acah-acah


Assalamualaikum


Acah-acah , sekarang dunia acah-acah , acah punya duit banyak walhal hutang keliling pinggan , acah alim tahu semua hukum  walhal solat subuh pun acah nak bangun. Acah solehah di media sosial , di mata orang luar , nak jadi isteri solehah katanya , kononlah! Walhal dalam rumah tandas tunggu bersepah berbau sampah dulu , sampah berbau semacam dulu , pinggan mangkuk berkulat ulat dulu. Acah bahagia dengan kekasih hati sehidup semati walhal mak ayah layanan macam hamba abdi.


Acah wajah bab bidadari dunia pun ada , walhal topeng tebal 100 inchi. Acah pakaian nisaul mukminin tapi terpampang indah di skrin hampir seluruh pelusuk dunia. Ahh! Dunia ni menipu. Itu kata Al-quran. Permainan yang melalaikan. Perhiasan. Kebanggaan mereka.



Kau tak perlu acah soleh , glamour , hipster , gaya model semata memburu likes follower dari mata-mata luar. Tak semua mata tu suci , mata palsu lagi banyak aku fikir. Aku dah makin muak dengan dunia media era moden ni sebab makin ramai orang tak masuk akal. Yang perempuanya gaya bukan wanitaa bukan muslim-ah. Lompat sanaa-sini , joget sana-sini , hipster sana-sini kau buat dapat apa senarnyaa ? Yang penting Tuhan redha tak ?


Macam mana nak yakinkan hati akan kemanisan , keindahan , keagungan Syurga Akhirat ? Nak lari dari dunia secara mutlak mungkin mustahil , tapi anggap dunia ni sebagai tempat singgah persis persinggahan sementara di stesen ktx , train , airport dsb sebelum menuju ke destinasi utama yang ingin dituju. Kata hadis “Jadilah kamu di dunia seperti dirimu warga asing atau pelintas jalan”. Tapi kebanyakan kita lebih memilih untuk menetap di dunia selamanya bahkan tiada percaya pada hari abadi.

Lalu kita hidup ni untuk apa sebenarnyaa ?


*bukan marah ni just cakap kosong...



No comments:

Post a Comment

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM