Rawat sakit kepala

Assalamualaikum 

Aku jenis yang mudah sakit kepala lebih-lebih lagi setiap kali terdedah dengan cuaca panas dan terik matahari. Hari ni first time sakit kepala terukk sampai takleh nak bangun , muntah , buang air besar , makan keluar balik. Maybe sebab seharian ke jamiah urusan yuran sem then terus ke Pasar Karak. Balik rumah jam 3 petang terus baring tak makan tengahari so perut kosong. 


Dah tak tahu nak wak camna kepala denyut makin laju , sakitnya rasa nak hentuk kepala kat dinding je. Tengah-tengah tak larat tu , kuatkan jugak badan pergi dapur buat maggi nak isi perut kosong. Pun takleh nak telan habis maggi tu. Kepala makin mendidih serious aku menangis time ni teringat nak mak je kat Malaysia. Fortunately , malamnya alhamdulillah kepala makin lega dan tak pening berpanjang. 


So , aku nak kongsi tips sikit buat pembaca blog untuk rawati sakit kepala tanpa guna ubat panadol (ini untuk sakit kepala tahap biasa sajalah , yang memang ada migrain tu disyorkan makan ubat doktor kay =).

TIPS RAWAT SAKIT KEPALA :- Ambil tuala kecil rendamkan di dalam air masak / sejuk kemudian letak di kepala.- Sambil tu banyakkan baca satu ayat dari surah al-waqiah:19 (ini apa yang diajar oleh guruku dulu) , ayatnya : لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ (No headache will they have therefrom, nor will they be intoxicated).- Tidur dan berehat secukupnya (memang punca sakit kepala di bahagian tengah ialah kerna tak cukup rehat atau tidur). Dan yes , tidur ni memang ubat yang sangat berkesan kat aku selama ni. Kalau sakit kepala je aku mesti tidur lepas bangun tu alhamdulillah segar je rasa


Tips simple tapi berkesan kat aku , and now rasa lega gila nihh sakit kepala hilang. 

No comments:

Post a Comment

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM