Resepi Donat Simple

Assalamualaikum   ♥ H ai hai, hari ni nak kongsi resepi donat paling simple.So  excited sebab first time try ni dan menjadi donat n...

Assalamualaikum 


Hai hai, hari ni nak kongsi resepi donat paling simple.So  excited sebab first time try ni dan menjadi donat ni macam orang pro weh. Dulu pernah buat kat Malaysia tapi keras boleh lepar ke dinding, haha.


Resepi ni dari kawan aku Jihah, memang dia ni pro bab buat kuih-muih ni. Dulu aku tak berapa boleh masuk dengan donut ni but lepas makan Jihah punya donut ni kelainan dohh, lembut dia lain macam. So, aku share sini lain hari boleh buat pulakk kan.

♥ Resepi Donat 
- Tepung gandum
- Susu
- Garam
- Gula
- Minyak
- Yis

1. Rendam yis dalam air suam ye supaya dia mengembang (berbuih-buih).
2. Sediakan tepung, sedikit minyak, susu, gula dan garam.
3. Bila dah kembang yis tu, masukkan ke dalam acuan tepung tadi dan gaul dan uli sehingga tidak melekat kat tangan. Pastikan doh tidak keras dan tidak lembek. Biarkan doh sehingga naik.
4. Setelah naik doh tadi, bentukkan doh sikit-sikit bentuk bulat. Kemudian biarkan sekejap doh yang siap dibentuk tadi sekejap sebelum digoreng,
5. Panaskan minyak dalam kuantiti banyak dan api yang sederhana. Kemudian masukkan donut tadi dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan dengan gula kisar.


*Kawan-kawan boleh mencuba juga ye. ^^ cc : thankyou Jihah for da recipe 

You Might Also Like

4 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!