Kau Aku dah berubah


Kau dah berubah sekarang. Tak seperti dulu lagi. Dulunya kau seorang pendosa malah kaulah manusia yang paling rakus kat dunia ni. Curi, kaki pukul, kaki porn, kaki ponteng, playboy/playgirl, couple dating dah lali, ahhhh semua lable 'jenayah' kau kebas. Ahh! Dulu kaulah yang paling umat manusia benci, tengok muka naik meluat menyampahh ahli neraka kau weh! 

Tapi sekarang, kau lain. Kenapa kau berubah? 

Aku dah berubah sekarang. Bukan solehah lagi. Kalau dulu orang puji angkat aku sebab aku ahli tarbiyyah, ahli usrah, aku dulu seorang daie ajak orang pergi masjid program islam. Ahli syurga dia ni, itu syak manusia pada aku. Jenayah kecil ni kau tak pernah sentuh pun apatah lagi jenayah besar. Nak tengok opposite gender pun kau tak berani apatah lagi nak borak santai macam suami isteri. Ahhh! Dulu kaulah manusia paling dicintai mad'u umat sekeliling.

Tapi sekarang, aku lain. Kenapa aku berubah? 
. ___________ .


Realiti. Mereka yang dahulunya ahli neraka kini menjadi calon ahli syurga. Sebalik mereka yang dahulu ahli syurga kini calon ahli neraka. Aku tanya, kenapa boleh jadi begini?  Tertutupkah cahaya atau kita (hamba) lebih sukakan gelap dunia? T^T

"Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu." - sohih muslim

No comments:

Post a Comment

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM