Wadi Mujib, Jordan | Rough Adventures

by - September 07, 2016



Episod 25 : Jordan Travelogue
[WARNING! ENTRY TOO LONG]

Oyeahhh! Tenaga dah pulih sikit walaupun seluruh badan masih rasa sakit, okaylah dr semalam dr atas kepala sampai bawah sakit. After take a nap, i feel refresh backk! Tunggu seminggu jugak ni nak hilang lenguh-lenguh seluruh badan, mujur kuliah tak bukak lagi >.<

Eh tetiba plak dah cite side effect kan, haha. Sebenarnya semua ni effect dari travel ke Wadi Mujib, Jordan. Actually, i thought wadi ni macam sungai kat Malaysia tu, but not. Jauhh sekali tak sama. Ni dah macam ekspedisi daki air terjun je. Meh aku cite. 


Pagi jam 9 pagi jordan; 5 September 2016, Isnin kami bertolak seramai 15 orang akhawat menaiki coaster Abu Aiman. Perjalanan memakan masa selama 1 jam sahaja dari Mu’tah. So, kami sampai jam 10 lebih camtulah kat sana. Ok, dah selesai daftar nama, pakai life jacket (wajib pakai) , bawak diri je turun wadi (hp takleh masuk kecuali yang waterproof) turunlah kami di start point. Di sepanjang start point takda cabar lagi, air pon cetek, paras lutut la paling dalam pon.


Masuk 2nd point, haa sini lah dah kena main panjat memanjat. Ia ada sediakan tali untuk berpegang semasa nak naik tu. Di 2nd & 3rd point ni tak tinggi mana dakianya, aku be like “Okay, rendah je ni takpa you can do it”. Tu pon dah semput-semput doh bila sampai atas tu.


Masuk 4th point, terbeliak mata aku wehh. Tinggi wehh kena panjatt plus paras air bahu aku yang tinggi 162cm ni  plus tepi tu air terjun deras gila siap ada signboard “DANGER, DO NOT ACROSS”. Haa, gitu pon aku buleh redah lagi sebab ada tangga besi kat batu tu plus tali and ada guide akan tolong kita tolak kita naik. Dah lepas point ni, aku cakap kat diorang “Ada lagi ke wehh? Janganlahhh”. Selesai semua naik, kami teruskan ekspedisi hinggalah sampai ke 5th point. Tetibaa junior aku menjeritt “Kak Nani, kak Nanii, ada lagiiiiii!” Aku “MasyaAllahhh! MasyaAllah!! Ahhhh, taknakkk dahhh!”.


At 5th pointt, aku lagiii terkejutt + terbeliakkk + kuruhh semangattt, cause this time takda tangga doh situu. Semata-mata bergantung pada tali dan kekuatan kaki tangan sendiri untuk melawann arus deras tu. Tinggi plak batu nak kena daki tu. Aisshh, camno ni nak buatt dahla takde pengalaman. And kat sinilah ramai yang tergelincir dan menggeleser ke bawah sebab batunya terlalu licin. Ada yang sampai guide terpaksa gi tolong naik atas tu. Susah weh sebab air deras sangat nak melawan tu kena tenaga kuat. Aku sendiri pon tergelincir kaki kat port licin tu, terduduk aku kat situ beberapa saat tak tahu nak buat apa. Orang duk jerit pun aku tak dengar pape dah sebab kuat bunyi air. Tengah confused duk kat situ tu, aku usaha dengan cara sendiri untuk teruskan daki tu. Kebetulan ada port pecah kat batu tu sikit so kat situ kena letak kaki kita dan tarik tali kuat-kuat supaya boleh support untuk naik atas. Thankgoodness aku sampai atas dengan selamat dan tak jatuh. Fuhhh, memangg ni pengalaman gile aku!


Rasa letih penat lengah pon, kami tetap teruskan perjalanan untuk ke end point. Haha, punyalah kuat semangat walaupun rasa dah nak give up tengah jalan tu sebab kejutan sangat ni.

Sampai 6th point okay sikit sebab ada tangga kayu untuk naik atas. 7th point, kembali mencabar jugaklah sebab kena daki jugakk. Lepas tu kena lalui air dalam paras bahu aku jugak. Cuma tak risau sebab disediakan tali untuk bergantung. So, pentingya JANGAN LEPAS TALI.


Finally, sampai ke End Point. Hahhh! Tak caya dah sampai ke penghujung Wadi Mujib ni, berehat-rehatlah kami di situ, yang nak main turun air terjun kecil pon buleh. Turut tak lepaskan peluang berfoto-foto kat sini sebagai tanda kami dah habiskan kembara mencabar di Wadi Mujib. Yeayyyyy! Ayo bersorakkk!


Eh, jangan lupa! Nak pulang ke start point kau kena lalui balik semua point2 tu tadii. Ohhh noooo! haha, sebenarnya nak turun lagi senang dari naik daki ye tak? Sebab time naik kita kena ada tenaga dari bawah time ni lah kena control tenaga kaki dan badan. Time nak turun ni buleh ikut arus je jangan risau sebab arus dia akan bawak kita ke kawasan cetek air. 


Cuma di 7th, 6th and 5th lah aku seram sikit sebab kena turun serahkan diri pada arus deras tu. Macam turun papan gelongsor kat Park tu. Haha, sebab aku ni tak pandai berenang and nafas tak panjang so seramlah aku sampai masuk air dalam mulut tu haa. Hahaha, lawak lagi time nak posisikan duduk luruskan kaki ke depan tu, aku tak sempat posisikan kaki kiri aku, arus tolak aku dengan kuat dohh, so aku gelonsor ke bawah tu muka dulu bukan kaki. Haha, jahat kau punya aruss bergurau. Kuruhh semangatt akuu!


Sampai ke 5th point, kat sini pon kena turun cara gelonsor jugak cuma tinggi weh. Sampai turn aku nak turun tu aku tak confident gilee, pelancong laki yang ada kat situ duk comfort aku. Aku cakap kat dia  aku nak guna tali kat situ je. Then ye cakap kau turun je (gelonsor) takyah pakai tali. Ahhh, aku duk kat situ lama jugaklah duk tunggu confident tu datang. HAHAHA! Pelancong laki kat situ tak habis-habis suh aku turun je jangan takut. Gile aku tak takut dah tinggi, air bawah tu dalam, aku mana pernah pengalaman semua ni. Argghhh! Naik gila aku.


Setelah lama gak aku duk kat atas tu. Then, aku tarik nafas dalam-dalam tahan nafas dan lepaskan diri ke bawahhh. Time gelonsor tu sempat lagi duk fikir "Apa yang aku tengah buat sekarang ni?". Alahh, sampai bawah tu okay je, sebab air tu memang tolak kita ke kawasan cetek dan kita tetap terapung sebab pakai lifejacket tu. Tak terfikir plak aku sebelum tu, takut punya pasaii. But, seriously aku sumpah nilah pengalaman berharga dalam hidup aku. 


Lepas semua point2 tu, kitorang duk main terapung atas air. Bestnyaa sebab air bawak kita sambil tu buleh hayati pandangan atas gunung dan langit. Subhanallah, seriously so amazing. Sampai aku tak caya yang aku buleh sampai ke tempat cantik camni. Kami bersiap pulang jam 2 petang dan sampai Mu'tah jam 4.30 petang. So, dapatlah side effectnya hasil dari kerja gila ni, haha.


Panjang pulak ni, sebenarnya banyak benda aku nak cerita pasal travel semalam tapi rasanya tak cukup nak luahkan rasa hati yang penuh dengan pelbagai perasaan in one time. Dan part yang paling menyentuh perasaan aku time ekspedisi ni ialah time aku di 5th point. Ia ajar aku bagaiaman kau jangan putus asa walaupun kau tersungkur di tengah jalan. Walaupun orang keliling kau tak mampu nak bantu kau untuk teruskan. Kau kena bangkit sendiri dan cari solution sendiri supaya kau tak digelar "A LOSER"! Overallnya aku buleh cakap semua ni KERJA GILA yang pernah aku buat. 


[ Thanks a lot for this pic, cc: junior Dilla ]






 Thankyou guys for this travel, so fun travelling with you 



Well, Thankyouu Allah for this brilliant experience for the first time in my life. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Harap dapat lagi rasai pengalaman lasak macam ni nanti, insyaAllah :).


- Rough Adventures Lover, Shafuhan

You May Also Like

21 comments

  1. Replies
    1. ye awak, mmg totally awesome view dia :)

      Delete
  2. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. photographer pasti suka tempat cmni hihi :D

      Delete
  3. what a great experience. :) u must be enjoying a lot.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. of course seronokk , nanti datang Jordan jgn lupa rasai pengalaman ni

      Delete
  5. ya allah, teringinnya nak pergi. T.T bila buleh pi ni. tengok gambar pun dah nampak seronok. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah you will. mmg seronokk sgt2 =)

      Delete
  6. subhanallah bestnya. macam lagi best dari main air kat waterpark je. jelesnye. saye dah lah suke betul dengan nature ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi nanti dtgla travel bumi Jordan plak, mmg byk benda nature sini :)

      Delete
  7. wahhh best gila..bertambah jeles lepas tgok pic..TT__TT

    ReplyDelete
  8. hai,jom join giveaway saya! :D

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2016/09/first-giveaway-gomoshop96.html

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. kann, mmg teruja kot tengokk tempat camtu =)

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!