A person with a kind hearted

Assalamualaikum Kat mana-mana pon pasti ada ujian dan cabaranya, kadang kau terpaksa redah semua walaupun kau tercungap-cungap ...

Assalamualaikum


Kat mana-mana pon pasti ada ujian dan cabaranya, kadang kau terpaksa redah semua walaupun kau tercungap-cungap tahan sebak di dada. Bila jalan kau dah rasa tertutup, serah saja pada tuhan, dia mampu ubah kedudukan / situasi kau. Jangan risau, dia akan selalu bantu kau samada secara langsung atau melalui hambanya yang lain, a person with a kind hearted.

Dulu waktu tiket aku problem, ada entry aku cerita dulu SINI. Di kala aku buntu tak tahu nak buat apa time tu tuhan hadirkan bantuan yang banyak masa tu, dari step pembaharuan tiket hinggalah sampai ke kampung tempat aku tuntut ilmu. Terima Kasih.

Ada lagi, waktu aku ke Amman untuk berjumpa sahabat di sana, time tu nak balik ke mu'tah, dan kami (tiga orang) tunggu tepi jalan teksi untuk ke stesen bas Amman. Dalam banyak-banyak teksi tu tak sebuah pun yang berhenti, lastly ada someone yang sudi tumpangkan van dia untuk kami ke stesen bas, ahhh kalau tak malam pulak kami bertolak pulang mu'tah. Terima Kasih. 

Ada lagi, masa tu musim cuti so kat universiti memang kurang la coaster atau van. Aku berdua masa tu pergi jamiah untuk ambik duit (masa tu nak balik Malaysia dah esoknya). Ehh keluar jamiah sunyi sepi orang takda nampak langsung kelibat van atau teksi. Terpaksa la kami berjalan kaki balik rumah (ambik masa 15min) plus musim panas masa tu masyaAllah memang panas la kan. Tup tetiba ada sebuah kereta baru keluar dari kawasan jamiah dia berhenti sisi kami ajak tumpang kan kereta dia (depa dua orang). Tengah borak dalam tu rupanya sorang tu (pakaian macam syeikh) adalah imam masjid universiti namanya Ahmed, muda lagi tapi mesra ja suruh doakan dia nanti musafir (doa orang musafir mustajab). Haa kami segan pulak rasa satu kereta dengan imam masjid kot. Alhamdulillah memang haritu la rasa hari bahagia sebelum balik Malaysia. Terima Kasih.

Ada lagi, kami tengah shoot gambar (masa tu raya) di suatu kawasan tetiba ja budak-budak situ ddatang kacau kami mintak ipad kami entah pape. Then ada sebuah kereta lalu kawasan kami tu dan berhenti situ, pakcik drive tu marah budak tu duk kacau kami. Memang masa tu rasa kami dihormati oleh warga asing di bumi mereka walhal tak pernah kenal pon siapa pakcik tu. Terima Kasih.

Dan banyak lagi sebenarnya aku bertemu orang baik duk sini, duk di tanah orang. Sekecil mana depa tolong atau bantu amatlah dihargai di hati penerima. Tak dinafikan memang di mana-mana akan ada orang yang berhati iblis tapi jangan risau orang yang berhati malaikat lagi ramai. Percaya tak? So lets be a person with a kind hearted ♥.

Let your good deeds be like rain, drop a little everywhere - Abdellah Albanee

You Might Also Like

10 comments

  1. May Allah blessed those people for their kind hearted. <3

    ReplyDelete
  2. banyak lagi orang yg baik kat dunia nie. :) alhamdulillah.
    meh la sama2 kita jadi antara orang2 yg baik nie. inshaALLAH :D

    ReplyDelete
  3. macam mana nak tahu orang tu ikhlas bantu kita?
    bila dia bantu, lain pulak yang jadinya :,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada je manusia jenis cemni, ada udang disebalik batu bak kata. ni boleh dikategori jugak bukan orang baik. orang baik pastinya ikhlas. :)

      soal nak tahu dia ikhlas ke tak bila dah ada benda tu confirm la tak ikhlas atau ikhlas yg tak sempurna. well ikhlas ni soal hati tak siapa tahu kecuali tuhan. =)

      Delete
  4. Ramai yang baik, ramai jugak yang jahat.
    Sampai orang takut nak buat baik. ahaaa.
    That's what we called the colour of life.
    I couldn't imagine if there's no bad people in this world. Like colourless.
    Hahahaha.
    Keep spreading good vibes. This post is very nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hitam putih dunia yg takleh kita lari kan. Atas diri kita pulek nak jd baik ke jahat. Dua2 ada la ganjaranya kan. hehe. jom jadi budak baik jugak! :)

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!