Guide to improve Arabic Language skill

Assalamualaikum Hai guys, hari ni tetiba nak kongsi satu panduan atau tips atau teknik untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran b...

Assalamualaikum

Hai guys, hari ni tetiba nak kongsi satu panduan atau tips atau teknik untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran bahasa arab. Bahasa arab bukanlah satu asing bagi aku sebab dari peringkat pasti aku dah dikenalkan dengan bahasa arab. Belajar pon dalam bahasa arab. Sampai masuk universiti pon lagi dia punya semua dalam bahasa arab haha. So bahasa arab ni dah macam jadi bahasa kedua aku untuk faham (bahasa inggeris memang aku fail).

Dulu waktu high school ada la sebahagian sahabat bertanya macam mana nak improve atau mahir bahasa arab? Pernah someone cakap aku hafal satu kamus arab, memang tak pon sebenarnya jenuh nak hafal semua tu, hahaha. So ini sebahagian panduan untuk mereka yang nak belajar bahasa sorga ni atau yang dah belajar dan nak mahir macam orang arab gitewwww. 


1. SUBJEK NAHU & SOROF
Memang tak dinafikan nak pandai bahasa arab, nak pandai bercakap arab, nak pandai baca kitab arab, nak terjemah kitab arab, nak mengarang tulisan arab WAJIB belajar nahu & sorof ni. Ustaz aku dulu selalu cakap nahu ni macam bapak manakala sorof macam emak. Something yang very very important la untuk kuasai bahasa arab. Ehh, nahu & sorof bukan subjek mudah jugak tau, dia punya isi-isi dalam kaedah i'rob semua tu WAJIB korang hafal. Kitab paling mudah korang boleh pakai Kitab Matan Ajrumiyyah, korang hafal 100% kitab ni, konfirm korang dah pro nahu. 

2. LATIHAN BINA AYAT
Yeah, latihan bina ayat dalam bahasa arab walaupun ayat-ayat pendek. Mulakan dengan ayat biasa dan mudah contoh 'Saya mahu ke sekolah'. Lama-lama korang akan terbiasa dan mula cabar diri untuk bina ayat panjang sehinggalah mampu buat karangan dalam bahasa arab tanpa lihat kamus. Teknik ni sangat berkesan guys! 

3. RUJUK KAMUS ARAB-MELAYU
Ini sangatlah penting bagi budak belajar subjek yang semua dalam bahasa arab, kamus! Gunalah apa-apa kamus pon yang penting kamus WAJIB korang ada dan rujuk. Rajinkan diri untuk cari makna yang tak diketahui dan elakkan diri bertanya orang lain. Sebab bila kita selalu rujuk kamus, perkataan yang dicari tu lebih cepat hadam dan melekat di otak kita berbanding bila kita tanya orang. So guys, rajinkan diri buka kamus ye!

4. BACA ARTIKEL PENDEK ARAB / VIDEO
Teknik ni untuk mereka yang berminat akan arab communication. Kena banyak tengok atau dengar perbualan dari arab sendiri. Aku kurang sikit tengok video arab ni haha so cara aku nak improve arab komunikasi; dengar doktor syarah dalam kuliah perkataan-perkataan baru yang tak pernah dengar sebelum, then aku catit nota supaya tak lupa. Selain tu, boleh kaji sendiri cara penggunaan kalimah-kalimah arab dari orang pasar arab. 

5. HAFAL PERKATAAN / KARANGAN 
Last, biasakan diri hafal perkataan arab atau karangan arab. Aku waktu di Maahad dulu memang kerja aku hafal je la dah silibus sekolah macam tu. Naktaknak kena hafal kalau tak memang kecundang dalam exam. Kadang tak caya dulu pernah hafal perenggan-perenggan arab ayat panjang yang berbaris-baris tu. Berpuluh kitab silibus boleh habis hafal wehh. Sekarang kerja hafal ni bukan kerja aku dah, aku dah tak minat cara hafal lebih kepada kefahaman. So, buat beginner dalam bahasa arab ni boleh try cuba hafal perenggan-perenggan arab walaupun panjang ia sangat membantu.

!!!Pentingnya mind-set kena positif, ramai kata bahasa arab ni susah nak kuasai (arab sendiri cakap susah bahasa depa ni tau). Memang susah sebab dia punya istilah tu banyak. Tapi mudah je bila kita dah mula belajar & minat. Nothing imposible right? n_n

You Might Also Like

7 comments

  1. waaahhh. nice tips.
    i wish i could learn arabic, bahasa al-quran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. you can learn it. =) sangat bestt bila dah belajar =)

      Delete
  2. nice entry. 3rd language saya Arabic so harap dpt improve

    ReplyDelete
  3. MashaAllah...bagusnya tips ni.
    Akak pening kepala nak ulangkaji bahasa Arab dengan anak std 1.
    Mak kena usaha lebih lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE cubalah akak, ajar anak2 minat arabic dr kecik sgt bagus, =)

      Delete
  4. akak fail bahasa arab sejak kelas fardhu ain. memang takde bakat agaknya. teringin juga nak belajar :)

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!