If i do not join this course, what course i would join in?

Assalamualaikum Nak kongsi satu cita-cita zaman budak dulu. Cita-cita nak jadi doktor bedah (surgeon). Entah dari mana dapat impia...

Assalamualaikum


Nak kongsi satu cita-cita zaman budak dulu. Cita-cita nak jadi doktor bedah (surgeon). Entah dari mana dapat impian cenggitu dulu, ummi abah bukan kerja kedoktoran. Dalam keluarga pon takda yang bekerjaya doktor ni. So dulu memang impian nak jadi doktor tu membuak-buak kot. Cikgu tanya nak jadi apa laju je jawab "nak jadi doktor". Plus family pon support aku jadi doktor. 

Ehh tetiba tak nak jadi doktor masa tu sebab tertengok satu dokumentari tentang organ manusia ni. Dokumentari medical. Haa time tu aku macam dah naik loya tengok darah banyak. Plus orang duk 'ugut' aku cakap nak jadi doktor ni nanti kena train bedah katak tikus tu semua. Mana tak takot budak umur bawahan kan? Budak-budak ni kita takleh ugut benda-benda yang agak menakutkan camtu nanti dia punya mind-set berubah dan boleh bawak fobia juga. Hati-hati lah nak berkomunikasi dengan budak-budak. 

So, sejak dari tu lah aku dah tak minat nak jadi doktor. Bila orang tanya kenapa dah tak minat? Aku jawab sebab takut nak main dengan darah. Haa kau, kan dah berubah mind-set aku yang dulu semangat nak jaga dan rawat ibu ayah. So, sekarang aku masih confused apa impian dan cita-cita aku yang betul kena dengan jiwa aku. As said aku sekarang ambik kos pengajian syariah which means orang boleh nampak aku as Lecturer or Lawyer. But i still don't know.

Before this, aku ada layan cerita korea Good Doctor ni dan tetiba je jiwa aku nak jadi doktor tu membiak balik. Bila tengok Dr.Park (pesakit autism) tu dia punya ability of memories punyalah mantop gila, cara dia handle kondisi dan mental pesakit and semasa surgery. Ohhh, rasa aku boleh jadi doktor ni mhuahahahaha, angan lah kau shaf, dah terlambat doh nak kejar kerjaya kedoktoran ni. XD

Takpalah, bak kata ibu aku "Kita punya 'class' (kedudukan) dengan cara kita". Deep kot ayat ibu aku semalam time aku duk cita sepupu-sepupu semua ambik bidang kedoktoran. So, kalau aku bukan budak syariah sekarang, aku adalah budak medic. Korang apa pulak? xoxo.

You Might Also Like

16 comments

  1. Kalau saya bukan budak ekonomi sekarang, aku adalah budak medic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh same geng kite. budak ekonomi class jugak tu. =)

      Delete
  2. kalau saya bukan pelajar bahasa, lol barangkali pelajar engine X_X hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha sama la, dulu org tnya cita-cita apa? Saya jawab doktor.
    Tapi sekarang, end up jadi budak IT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng budak medic! heehee rezeki masing2 kan. kdg kita plan tapi Allah punya plan lagi hebat. Percaya Dia =)

      Delete
  4. kalau BV bukan budak programming, memang dah jadi budak grafik atau art rasanya XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow. BV sy skrg mcm nak jadi budak grafik & art sebab minat dua2 ni sejak high school. =)

      Delete
  5. I've always wanted to do something with arts, architecture ke... tapi tetiba dh ke biomedic. jauh betul beza, haha.

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, biomedic awakkk! good luck with ur course =)

      Delete
  6. I love your mum😊

    Pernah mau jg doktor jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you for loving my mum, yeahhh ramainya geng medic! =D

      Delete
  7. dah habis belajar course industrial chemistry tapi actually minat math. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, takpa rezeki masing2 Allah dah plan. =)

      Delete
  8. Kite budak electronic eng. tp keje skrg as kerani je :P

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!