Things that make me feel like an introvert!

I'm a introvert person. Eh, dulu tak tahu pun ada istilah gini untuk orang macam aku ni. Dan tak sedar pon yang aku ni di kalan...

I'm a introvert person. Eh, dulu tak tahu pun ada istilah gini untuk orang macam aku ni. Dan tak sedar pon yang aku ni di kalangan INTROVERT. Well, adala things yang buat aku sedar dan AKU RASA yang aku ni budak introvert. 


1. Socially selective. 
Yeah, aku jenis pilih kawan bukan dari segi kaya harta tau wajah flawless but dari segi sikap and hati. Kalau orang kutuk aku ni jenis tak bersosial, tak bermasyarakat bla bla bla tu bukan sebab aku anti ke apa but aku jenis yang selective sikit. Sorry la dah macam ni aku dari kecik. Mak aku pernah cita  waktu kecik bila dah tak suka orang jangan duk kacau atau tackle aku la, kang aku mengamuk tak layan tak sudah. 

2. Taciturn & Bashful
Aku lebih banyak diam dari bercakap kosong esp bila dengan orang yang baru kenal or strangers. Orang pun duk label aku ni pendiam pendiam pendiam. Actlly aku kurang suka bila orang duk label aku cenggitu sebab aku dapat title tu duk kat sinila. Before this, takda orang label aku camtu, malah orang duk sebut aku ni bising cuma tak mesra orang (sombong). Entah, datang sini mcm attitude aku tetiba berubah secara drastik. Bagi aku, aku bukanlah tak mesra tapi aku malu untuk mulakan suatu conversation dengan orang. So, tegur-tegurlah aku kalau jumpa, aku tak makan orang pon. XD

3. Observer & Listener
Thats why aku kekadang suka jalan sorang-sorang gi pekan ke jamiah ke macam tak kisah (setengah orang tak boleh berjalan sorang). Sebab dari situ la aku observing tingkah laku manusia sekeliling. Sometimes aku boleh tersenyum sorang-sorang tengah jalan tu (lucky aku pakai purdah, haha) and sometimes tetiba boleh rasa sebak. Orang cakap boleh termuhasabah sendiri melihat sekeliling.

4. Do not like people to know you
Kalau aku ke mana-mana je mesti orang duk tanya aku 'kau siapa ye?' haha. Memangla korang tak kenal aku, bukan jenis free social guys, lepak berjemaah, a very noisy people semua tu takleh ngam. Kalau budak lelaki yang kenal aku tu memang aku salute ah. Macam sedih kan? TAK pun, aku lebih selesa cenggini, nak ke mana-mana pon bebas orang tak da nak kata gossip ke apa kan. Kau bawak kau je gi memana.

5. Home is the best place
Sini aku lebih banyak duk kat rumah dari foya-foya rumah orang walaupun kawan baik sendiri. Entahla, jenis tak boleh duduk rumah orang lelama. Pon begitu aku jenis suka berjalan tau, esp tempat-tempat bersejarah gitu. Ajak la aku confirm aku pergi guys.


So, nasihat aku janganlah asyik bash je orang introvert ni sebab diorang je tahu camna sakit nak hadapi semua manusia sekeliling tanpa pilih bulu just like extroverts. Okay? Hidup ni ada hitam putihnya, enjoy.



You Might Also Like

2 comments

  1. hi, nice post.
    saya pun ada masalah ni, lebih2 lagi untuk memulakan perbualan.
    Macam skrg, kerja kat tempat baru, mmg buat hal sndiri je. tak reti nk bercampur.
    and kdg2 ada bagus jugak awal2 dah buat hal sndiri, sebab tak berapa suka dgn attitude yg berpuak2, lepas tu cakap2 belakang utk bende2 remeh je pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah thats true kakfaraa, ada sisi baik jua org introvert ni nak2 org pompuan, klu intorvert ni kurang sembang so kurangla sesi buat ketupat, :)

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!