Cabaran Musim Sejuk

Assalamualaikum Seminggu lepas suhu dah menurun ke 10-3 celcius dan sejuknya memang teramat, bayangkan sejuk dalam peti ais sajalah...

Assalamualaikum


Seminggu lepas suhu dah menurun ke 10-3 celcius dan sejuknya memang teramat, bayangkan sejuk dalam peti ais sajalah. Bila dah makin sejuk ni makin kuat lah cabaran nak hadapi dia, nak bertahan dengan suhu yang terlampau membeku ni. 

#BANGUN SUBUH
Cabaran permulaan nak bangun solat subuh. Sejuk air dia membeku ke tulang kot, nak tak nak kena bangun juga selesai yang wajib tu. Kalau kat rumah ada heater air tu okay lagi lah at least boleh pakai. Unfortunately, rumah aku ni asyik rosak je heater tu nak cakap setiap tahun tukar baru and setiap tahun tu la dia rosak balik. Last, aku decide taknak tukar baru dah (alang dah last sem duduk sini) so kena bertabahlah bangun pi panaskan air dulu kat dapur kalau dah malas terpaksa jugak sentuh air sejuk, erghhh. 

#KE KELAS
Dibandingkan sejuk kat dalam rumah, kat luar lagi sejuk angin dia kemain sejukk wehhh. Pakai baju tebal-tebal pun kadang still boleh hingap masuk angin sejuk tu. Sebab tulah kadang malas je nak pergi kelas terutamanya kelas pagi pukul 8 tu ya rob selalu je kena lawan nafsu jahat, hahaha. 

#STUDY 
Yes, ni la benda paling malas nak buat time musim sejuk ni, dah 24/7 duduk bawah selimut je mana nak bukak buku nak study. Suasana bilik pun sejuk, nak keluarkan tangan dari selimut pun berat apatah lagi nak tulis nota-nota semua tu. Sebab kepanasan badan hanya bergantung pada cadar eletrik je so benda tu dipasang di tilam bukan untuk memanaskan suhu bilik. 

#SELALU LAPAR
Ceh, ni musim panas pun asyik lapar je kerjanya kan hahaha. Cuma musim sejuk ni agak mendadak sikitla dia punya nafsu nak makan tu. Apatah lagi kadang terpaksa buat air panas selalu nak kasi badan tak sejuk sangat. But sekarang ni aku di fatrah diet la jugak taknak makan banyak-banyak. 

#CEPAT NGANTUK
Sepanjang musim sejuk ni kebanyakannya aku cepat tidur awal, pukul 9.30-10 malam dah tidur awal dari tu pon pernah sebab malamnya panjang so cepat la mengantuknya. Well aku memang sleepyhead so mana-mana musim pun aku jenis kuat tidur, hahaha.


So itulah antara cabaranya, walaupun persepsi orang yang tak pernah alami musim sejuk ni agak excited sikit dengan cuaca ni sebab ada salji tapi bagi aku fatrah nila paling mencabar keimanan kau nak buat apa-apa. Kena kuat sikitlah hadap, kehkeh. Selamat meredah salji kali keempat nanti 💨

Foto winter tahun lepas kahkah. 4 lapis baju kat dalam tu. 

You Might Also Like

14 comments

  1. Besar juga cabaran musim sejuk ni, hihi, tapi teringinnyaaaa nak main salji!!!

    All the best kat sana Shaf.Jaga diri. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yep mai mmg kena kuat la, tulaa best sbb main salji.

      thank you mai, lg 2 bln nak habis 😊

      Delete
  2. banyak jugak cabaran musim sejuk kat sana. teringin jugak nak merasa musim sejuk camtu :D macam best je main salji kan. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best BV, walaupon sejok nyaa mengigil tp ttp pi keluaq main hahaha.

      Delete
  3. masuk winter perasaan mahu makan membuak-buak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasya. you know that feeling too 😣😁

      Delete
  4. tabahkan hati. kuat2. hehe. chaiyok2 study tu :)

    ReplyDelete
  5. ishhh bestnya dapat main saljiiii xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh,, salji sini tak mcm negara2 barat lainla. but still rase salji haha

      Delete
  6. universiti mu'tah ni kat jordan kan? macam pernah dengar...rasanya bekas student saya di universiti ini sekarang ;)

    ReplyDelete
  7. i feel you! tempat claudy takda salji tapi sejuk aduhai. tadi [agi bangun awal, dekat sejam juga baru keluar dari selimut sebab sejuk teramat walupun pakai 2 comforter. akhirnya lambat masuk kerja xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yeahhh yg pagi tu mak aii malas sgt nak bangunyaaa =P,

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram