Sweet & Sour As a High-School + Hostel Student

by - November 11, 2016

Assalamualaikum

Siapa sini budak sekolah menengah dan budak hostel? Aku budak hostel jugak since aku umur 12 tahun (memang sekolah wajibkan masuk asrama). Yea benda baru la bagi aku time tu cause first time berpisah dengan mak ayah kan BUT mujur aku ni jenis tahan lasak sikit so berlalu cemtu je perasaan bila dah jumpa kawan-kawan baru keke. 


Eh dah 4 tahun berlalu zaman hidup as budak hostel ni tapi still memori tu tak luput. What a beautiful memories I had. So aku nak story siket la TOP memori masam manis aku sepanjang duk di hostel ni;


#TUKAR BILIK 
Yes, sesi tukar bilik la benda paling aku tak suka (bukan aku je la haha) sebab; first masa warden baca senarai nama bilik baru tu kau langsung kena marathon dengan budak-budak lain untuk dapatkan port katil yang kau nak. Instead, kau duduk la port yang paling orang taknak. Second, hostel aku ni ada 4 blok, Blok AB satu bumbung, CD satu bumbung, haa bila bilik lama kau blok CD then kena pindah ke blok AB nanyela mengangkut barangg wehh. Setakat ni semua blok aku pernah duduk kecuali blok B takda rezeki nak rasa hahaha. Last, ahli bilik; port ni paling aku perati dah bila dapat duk dengan geng gangster-kaki masalah memang nanye jugak la nak hadap although depa tak berani pun nak sentuh aku (jenis budak sombong dulu XD).

#KETUA BILIK
Masa aku start form 3, aku secara tetiba dilantik sebagai ketua bilik oleh Persatuan Pelajar, wehh kau dah kenapa pilih aku? Budak lagi kot time tu pulak ahli bilik ada yang form 4 ke atas. Dahla aku ni jenis tak layan orang. Memang aku menangis bagai nak gila mintak tukar orang sebab rasa diri tak mampu nak galas. At last, mujur PP tu terima alasan aku so ditukar kepada student form 4. 

Next year aku form 4, sekali lagi aku yang jadi ketua bilik so aku terima je la time tu sebab dah takda orang. Bilik ni la aku paling stress, degilnya sorang-sorang masyaAllah, sampai bilik aku ni dilabel BILIK PALING BERMASALAH oleh geng pengawas. Nak cakap aku tak tegur, dah tapi still degil jugak buat masalah, dah aku nak buat apa lagi kan. Hadap je la.

#TAMRIN QIYADI TARBIYYAH
Memang semua budak hostel mesti akan terlibat program macam ni. Aku mula terlibat masa form 2, haa kecik lagi tapi kena paksa terlibat so go on je la. So Tamrin Qiyadi ni la paling aku tak boleh lupa sebab dia punya isi program lain dari yang lain (even masa aku form 4 ke atas pun takda program cemtu). Fasilitatornya masyaAllah depa punya ragging macam program BTN haha. Pulak aku tak boleh lupa program malam kena pi duduk kat kubur sorang-sorang menggeletar aku pluss sejuk pukul 3 pagi beb. Cuma aku tak tahu motif apa suruh pi duk kat kubur tu pahtu kacau orang.

#PERHIMPUNAN ASRAMA
Ha ni satu program yang buat aku selalu nervous sebabnya program berhimpun semua budak-budak hostel bersama warden-warden. Nak tahu untuk apa? Betul, untuk laksanakan denda bagi budak terpilih. Aku nervous time warden nak baca nama yang bakal terima denda tu even nama aku tak pernah naik pun still rasa nervous hahaha sebab tak tahu kot nama kita ter-ada kan. Until aku dilantik as ketua pengawas, rasa nervous tu dah takda sebab senarai nama memang akan disemak aku dulu. 

#KETUA PENGAWAS
Well, aku takda rasa seronok pun bila mula naik jadi PP (persatuan pelajar) masa form 5 cause still tak leh nak pick up gerak kerja. Aku rasa masa ni diri aku duk awan beb tak tahu nak buat apa even ramai senior-senior PP aku jenis tak suka bertanya lebih-lebih. 

So, next year form 6 aku harap la aku dah tak naik as PP ni (rasa riputasi down) but hampa bila nama aku pun ada dalam senarai menang undi. Unexpected pulak aku dipaksa jadi KP satu jawatan yang tak pernah terlintas dalam otak time tu sebab tahu kerja pengawas ni lagi berat --kerjasama dengan warden. Siapa nak kan? Well, panjang sebenarnya story perlantikan KP masa tu --penuh dengan pro dan kontranya. Just i so relief bila dah habis kuasa as KP budak-budak hostel next yearnya. 

#ROBI' THANAWI
Last year aku kat sana, dan tahun tu la paling banyak simpan memori -memori as KS (ketua syura) bagi batch -memori gaduh -memori exam last + spm -memori cari pasal -memori jamuan with guru-guru -memori Daurah Thanawi -memori Majlis Graduasi dan sampai la aku secara official as ex-student for 22th generation at Maahad Darul Quran, Rusila.

Tribute : Mudir, Asatizah dan Ustazah, Warden Banat, Makcik Kantin, Pakcik Guard & seluruh Kakitangan MDQ.   Terima Kasih terima aku. 😊

You May Also Like

10 comments

  1. even saya tak bukan budak hostel, tapi tamrin qiyadi pernah mengalaminya. memang ada slot kena duduk hadap kubur sorang-sorang diri, tpi ustaz minta sesiapa nak je. memang mula-mula ingat semua kena merasa. nasib baik ustz offer budak lelaki ja. haha

    serius, tamrin tu buat kita serba salah lagi-lagi kena slot muhasabah.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha kan serious tu la first sy duk kat kubuq lepas tu dah takda slot cemtu sbb penasihat sekolah larang dah. Time program tu mmg semua wajib duk hadap kubuq takda offer dah haha.

      betul2 although program dia cemtu mmg beri impak lepas program tu. =D

      Delete
  2. waktu highschool, two years exp stay kt hostel, hahaha bila ingt balik pengalaman tu mcm perghh mcm ni aku dulu. tp seronok. seriously.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan seronok, sy pon pernah buat nakal2 dulu nak2 masa first naik PP buat perangai sebab memberontak taknak jadi but takleh jugak hahaha. kenangan sume tu =D

      Delete
  3. Cik renex start duk hostel form 3 tapi x kena ragging sebab hanya kami je yg ade.. Tapi masa form 4 yang kena ragging sbb tukar sekolah n ade senior da.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi haah kat hostel mmg senior selalu raggin adik2 kan tapi mujur sy tak pernah kena pon maybe sbb sy jenis kasar dulu org tengok pon takut nak tegur haha =D

      Delete
  4. masa sekolah menengah dulu takpernah duduk asrama pun. :D
    masa study diploma la pertama kali jauh dari family XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, best duk asrama banyak kenangan,
      btw adik sy pon mak tak kasi duduk asrama, start form 5 baru kasi dia duduk =)

      Delete
  5. Hehehhe, semua yg awak tulis tu ada mengingatkan saya dengan kenangan waktu duduk hostel..

    Berebut katil time setiap awl tahun, perhimpunan asrama..

    Masa f4 jadi ketua dorm sbb nakal sgt..warden lantik jadi ketua dorm kononya nk sekat sikit kenakalan tapi akhirnya jadi most wanted dorm sbb ketua dorm cool sgt...hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, part berebut katil tu paling tak suka setiapp tahun,

      hahaha, nakal2 pon ada potensi jd ketua dorm, samela kite most wanted dorm kot maybe sy pon jenis tegur sekali phtu dah la nak ikut ke tak atas masing2 bbtu boleh dapat title BILIK PALING BERMASALAH tu. XD

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!