Tajweed of The Holy Qoran

#What is Tajweed? Dari segi bahasanya : bermaksud memperelokkan / memperbaiki. Dari segi istilah syara' : bermaksud memberik...


#What is Tajweed?

Dari segi bahasanya : bermaksud memperelokkan / memperbaiki.
Dari segi istilah syara' : bermaksud memberikan setiap huruf hak-haknya; iaitu makhraj huruf, sifat huruf juga hukum-hakam tajweed. 

Hukum : Fardhu ain bagi ahli ilmu syariah & fardhu kifayah bagi umum. 

Pembahagian : Ilmu Riwayah (bacaan bersama syeikh) & Ilmu Diroyah (pengajian hukum hakam dalam alquran).  

Sanad bacaan : Hafs dari 'Ashim dari Usman dari Ali dari Abdullah dari Zaid r.a dari Nabi Muhammad s.a.w dari Jibril dari Allah s.w.t.


#What benefits from studies it? 

Imam Bukhari dalam sahihnya, Usman bin Affan r.a meriwayatkan dari Nabi s.a.w bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 
“Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ 
“Orang yang pandai membaca Al-Qur`an, dia bersama para malaikat yang mulia dan patuh. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur`an dengan terbata-bata dan berat melafazkannya, maka dia mendapat dua pahala.” (Muttafaq Alaih)


Dan banyak lagi riwayat hadith atau al-quran sendiri bicarakan tentang manfaat kitab Tuhan dan pendampingnya.


#What we supposed to do now?

Cari dan belajar ilmu Al-quran (tajwid) dari sekarang. Tak rugi dan tak buang masa. Teringat aku pesan Syeikh Muhammad Jaafariah sewaktu menyertai Daurah Tajwid beliau tahun dua dahulu. He said : Belajarlah ilmu al-quran ini walaupun kau dah pernah belajar masa kecik dulu hatta kau dah banyak kali join kelas-kelas lain pun kau tetap kena teruskan belajar sebab ini (tajwid) adalah cabang ilmu al-quran, tinggi darjatnya di sisi Tuhan sebagaimana di sebutkan dalam banyak hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. Jangan rasa rugi untuk belajar berkali-kali".

Well said, ilmu tajwid ni bukan khusus untuk budak syariah sahaja tapi SEMUA MUSLIM boleh belajar dan layak dapat tempat di sisi Tuhan. Ilmu Al-quran ni special subject cause semua orang boleh belajar dan boleh kuasai. Ia juga special sebab dah ada perjanjian antara penuntutnya dengan Tuhan akan ganjaranya di akhirat kelak. 

Syafaat Al-Quran, siapa tak nak? 💖


So guys,  #How to love Al-Qoran? boleh BACA SINI. 😍

You Might Also Like

4 comments

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!