Buku Rekod Dosa

Assalamualaikum



Rasa tajuk agak berat kan? Yea cause kita semua pendosa tanpa noktah, sebut pasal dosa ni semua akan rasa sentap kelu sesal kan? Of course, cause setiap orang wajib ada buku rekod dosa.

Suddenly dapat idea tajuk ni untuk dimuatkan ke dalam blog sebab tersentap dengan kuliah fiqh pagi tadi, when Dr tanya "Apa beza antara al-afwu & al-maghfirah?". Semua murid diam, tidak sepi jugak fews of them cuba kasi jawapan but still Dr tak terima, until sorang budak arab angkat tangan and he said : Al-maghfirah ialah Allah ampunkan kita tapi kesanya dalam buku rekod amal still ada, but Al-Afwu Allah ampunkan and dihapuskan kesanya sekali dalam buku rekod".  Jawapan sangat tepat. 

Well, aku dah pernah dengar perbezaan dua ni tapi still lupa kalau orang tanya (itulah manusia) and from now on maybe aku takkan lupa ilmu ni sebab beri kesan pada jiwa pendosa macam aku. 

Yes, kalau terkenangkan zaman silam dulu betapa banyak dosa yang kau buat sengaja atau tidak tapi still dikira dosa, walaupun kau dah banyak kali taubat banyak kali istighfar banyak kali tu jugak kau jatuh balik dalam lubang syeton tu. Masih kau cari kekuatan melalui taubat lagi supaya Allah ampunkan lagi. Repeat macam tu la berkali-kali. 

And now you can feel ur taubat slowly to be accepted even you need more taubat to do and istghfar tho. But adakah taubat yang aku buat tu melayakkan aku untuk dapat afwu dariNya atau sekadar maghfirah? Macam mana dengan dosa ku lalu? Adakah yakin sudah terhapus di buku rekod dosa aku completely? Atau masih tinggal kesanya dan akan dihitung kelak? How about my destiny soon?

Terfikir aku, kalau buku rekod disiplin sekolah kau boleh hapuskan ia dengan kau jadi budak baik completely sampai orang sekeliling kau dah terima perubahan kau. But macam mana dengan buku rekod dosa? Macam mana nak tahu kita dah betul-betul suci dari dosa lalu / terhapus segala dosa? Kita takkan tahu kan until that day datang. Panik cuak gilakan. 

Lantas, apa yang perlu kau lakukan? Amal banyak-banyak. Dont forget, disamping buku rekod dosa, masih ada buku rekod pahala. Sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Allah cakap camtu and we know Dialah paling benar dalam kalamnya. Jadi pesan pada diri, jangan putus asa and jangan rasa dosa kau takkan terhapus, rahmat tuhan itu luas.  Nak 4 flat kena usaha lebih sikit, same with : Nak syurga kena usaha lebih lagi.

11 comments:

  1. Terima kasih Shaf, ilmu baru harini, sgt terkesan dihati juga, pendosa tanpa noktah yg inginkan syurga :'( ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama mai, yeap itulah kita pendosa tanpa noktah, moga Allah beri ampun selau pada kita =)

      Delete
  2. nice post shaf! memang manusia nie jenis yg lupa dan alpa. T^T
    kalau la dosa nie ada bau, agaknya macam mana la bau diri nie T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. absolutely right BV, kalaulah dosa boleh dihidu, agak2 bau dosa sy itu boleh dihidu dr jauh, =')

      Delete
  3. Allhuakbar.. Sentap membaca.. Terima kasih perkongsian ilmu.. Sungguh bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Unni, sama2 kita beri dan sebarkan manfaat pd diri juga orang lain :)

      Delete
  4. Terima kasih! perkongsian yg sangat menarik!

    Sbg pendosa tanpa noktoh tersentap rasa dgn buku rekod dosa ni..
    Allahuakbar byknya dosa sndr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.

      yea sbgai manusia mmg tak lari dr dosa. kdg rase diri dibelenggu dosa je. T.T

      Delete
  5. Ada record keee TT_TT Malunyaaa dengan Allah T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rekod dosa , rekod pahala. Dua2 ada,

      kann rase diri x layak jd hamba tuhan.

      Delete
  6. salam ramadhan n selamat berpuasa., ;p

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM