Why A Niqabis More Attracting? / Kenapa Perempuan Berpurdah Lebih Menarik (perhatian)?


Assalamualaikum πŸ’˜

Hai semua, hari ini aku nak share satu pandangan peribadi aku based on my experience jugak iaitu satu topik berkaitan "Why A Niqabis More Attracting?" / "Kenapa Perempuan Berpurdah Lebih Menarik (perhatian)?". Setuju tak aku cakap perempuan berpurdah ni kebanyakanya lebih menarik, lebih tertarik, lebih menawan? YA/TIDAK. 

Aku memilih untuk menjawab YA. Tapi kenapa? Tak nampak muka pun, pakaian pun melitup je atas bawah (kita abaikan fashion gadis niqab zaman kini ya). So why? Pernah terfikir tak? So this is my opinion. Just my view.


Satu sebab perempuan berpurdah ni mudah menarik perhatian ialah MATA. Bagi aku, anggota yang paling cantik ialah mata berbanding anggota yang lain. Bak kata cinta 'Dari Mata Turun Ke Hati' so thats why cinta itu lahirnya utama dari pandangan kan? Kalau tak caya, cuba try pi amik kain tutup bahagian bawah mata (buat mcm purdah tu), then tengok mata kita cantik tak? Cantik kan? 


Sebagai contoh bila kita communicating dengan si niqabis ni, kita akan automatik tengok mata dia saja kan disebabkan wajah yang tertutup berbeza dengan yang non-niqab kita akan tengok terus pada wajah dia and not their eyes. Jadinya kau dah boleh judge dia ni budak comel sebab mata oh my cantik gilos. Selama aku hidup ni pun tak pernah aku jumpa mata si niqabis yang tak menarik, semua cantik-cantik belaka. 


Thats why kalau perasan kan gaya purdah zaman 2000 dulu memastikan bahagian dahi ditutup sebab tak mahu nampak bahagian mata. Sekarang gaya purdah dengan mendedahkan bahagian dahi, bahagian kening ke mata boleh dilihat dengan jelas sebab tulah boleh menarik perhatian orang although tak nampak muka sebenar. Dengan mata si niqabis saja lelaki malah perempuan dah boleh bayangkan wajah dia (mesti cantik budak ni sebab mata cantik). 


Even yang pakai niqab penuh (yang nampak mata saja) pun mata dia still boleh menarik perhatian orang apatah lagi yang pakai purdah nampak dahi kening tu. Sebab tu wujudnya pemakaian burqa yang tutup sekali mata tu (biasa orang arab pakai) sebab tak nak bagi nampak mata lah. Ish, bahaya mata ni sebenarnya boleh buat orang jatuh cintalah.


Teringat aku waktu di Jordan dulu, singgah kat sebuah butik pakaian, tengah-tengah duk usha abaya situ datang seorang makcik arab (customer situ jugak), berniqab penuh gaya arab lah. Makcik tu tegur aku cakap tak boleh pakai nampak dahi & kening sambil tu dia tolong adjustkan bahagian tudung aku tu dia tarik scarf aku tu sampai terkeluar ke depan (betapa nak bagi tutup mata aku tu). Hah kau tengok cermin dah macam makcik doh. Aku tak rasa nak marah pun kat makcik tu even rasa malu jugak ditegur macam tu sekali, sebab tahu memang gaya aku ni tak menepati mana gaya sebenar (sebab ikut trendkan) even aku pakai tudung labuh.


So, kalau perasan pun niqabis-niqabis media sosial yang beriban-riban followers walaupun tak nampak muka tapi still more attracting atau menarik perhatian sebab melalui mata lah awak-awak. Its so freaking beautiful guys. Sometime aku sendiri jatuh cinta pada mata-mata si niqabis media sosial ni (even i'm girl too), hahaha.


Susah juga nak jadi niqabis yang betul-betul niqabis ni. πŸ‘€ kan awak?

25 comments:

  1. plus niqabis makes people feel intrigued to know the face beside the veil. macam lagi seksi kalau bertutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats a point rasya, so orang akan bayangkan mcm2 wajah dia but mostly bayang comel-comel lah kan.

      Delete
    2. Suka tengok orang berniqab. Nampak cantik & sopan je. Tapi kadang2 tu menyampah jugak tengok niqabis yg galak selfie kat instagram hmm.

      Delete
  2. Setuju dengan Shaf.

    Maybe dekat Arab sana niqab macam keperluan sebab lelaki sana lain macam sikit gatalnya... Tapi so far kalau kat Malaysia niqabis lagi menarik perhatian dan kalau tengok insta pun ramai yang popular.

    Bergantunglah kepada niat. Susah nak jadi sebenar-benar niqabis ni. Cukuplah menutup aurat sebab dengan muka mai yang sekarang ni rasanya tak payah tutup, kekekeke dah cukup perisai dah, i mean tak menarik untuk orang tengok. Tapi kalau tutup maybe akan jadi perhatian sebab mata agak bulat. Entahlah syaf. hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mai, kat arab memang kebanyakan perempuan comel pakai, tp kalau dekat Jordan di universiti shaf tak ramai pun pakai niqab nisbah 1:10 saje kot, mostly pakai hijab modern saje,

      Kan mai, takpa Allah nilai semua niat kita tu, eh kan betul cakap shaf, mata memang satu ciptaan terindah kan. =) hehe

      Delete
  3. Mungkin jugak sebab mereka berbeza.
    Orang nampak pelik itu yang menarik perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul2 kalau kat malaysia ni mmg dipandang pelik jugak geng niqab ni.

      Delete
  4. elsa suka tengok orang yang berniqab! sejuk mata elsa tengok hehe

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. yea thanks you, kalau tgk model2 niqab pun semua mata comel2 belaka kan =)

      Delete
  6. Kalau dekat arab suka tengok orang berniqab. Tengok mata je dah tahu confirm muka cantik gila 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. botul2 akak, itulah pesonanya mata perempuan hihi,

      ps: wowowo blogger famour datang sini thanks akak =) =D

      Delete
  7. Memang perempuan berniqab nampak lebih menarik tetapi lagi bagus kalau memang dah niat nak berniqab dan bukan sekadar nak tambah koleksi pic dekat insta je.

    ps: ni pandangan matjo je, jangan marah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju MatJo, kalau cuma mahu dikenali mengapa perlu bertutup? :)

      Delete
  8. Tak dinafikan memang wanita berniqab cantik! Dan siqah pun suka tengok mata dorang. Tengok mata je dah tahu dorang cantik 😍

    ReplyDelete
  9. Agreed! Memang niqabis sangat intriguing sebab wajah di sebalik niqab menjadi misteri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan misteri lah orang akan imagine macam-macam kan, heehee

      Delete
  10. Pernah tanya ustaz antara berniqab dgn tidak. Ustaz kata dah tentu2 lagi elok berniqab (niat dan sebagainya tu kira belakang ceritalaa kan~)

    Lepastu kami ada tanya jugak pasal niqab colorful dan nampak dahi tu. Ustaz cakap takpelaa, jangan kita asyik nak cari kesalahan depa. Tapi, yang sebaik-baiknya janganlah melebih-lebih.

    Hihi. Seronok tengok orang berniqab yang betul-betul menjaga nih. Isteri ustaz tu, nak ambik gambar pun memang akan diberi pesanan supaya jangan sebar atau upload di media. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awak, dokter sy di U dulu pun kata itu pakaian paling afdhol buat wanita but tidak wajib.

      Kan selagi aurat tu masih dijaga dgn baik dan tidak lebih-lebih pada pakaianya, everything looks good dah.

      Yes, mmg the real niqobis ni absolutely jaga betul-betul tapi susah tu nak naik ke atas sana hehe. Cool je!

      Delete
  11. kan shaf... nk jadi niqabis kena sado.. bnyk sgt niqabis macam tu ttp mgoda dgn mata, kdg2 Unni y malu even unni sndri still post gmabr2 tp xde la y mgoda gtu.. still ikut y dibenarkan syarak.. rasanya shaft org pertama rakan blogger unni jmpa y berniqab jgk

    salam ukhuwah

    btw nnti masukkn shaft dalam bloglist yer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yyapp betul2, kena sado sbb rasa asing je haha tp sekarang dah tak asing mana kot sbb dah ramai pakai kan. Btw, yeah doakan istiqomah. Salam ukhuwah jugak.

      Okeyh, mcm tak malu pulak suruh org masuk dlm bloglist, bte thank you @Unni Anje :P

      Delete
  12. Bagi Syara untuk berniqab kita mesti istiqamah sebab ada juga jumpa certain people yang dah berniqab but, bukak balik so pathetic isn't..so, bagi Syara nak berniqab tu tak wajib pun hanya wajib kepada yang terlalu cantik supaya ajnabi jaga pandangan kan?! Hahaaaha just opinion Syara lah.. Syara ada jugak niat nak berniqab one day..tapi, tulah ilmu agama ni kena kuat dulu apa-apa pun..and! The most important thing was that tudung tu labuh pun dah memadai dah actually but anyways, good entry!!! :p xD and memang kita akan focus pada mata mereka-mereka yang berniqab sebab...sebab tu je yang kita nampak xDDD hahahaha kan.. but, TBH mmg mata mereka cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess istiqamah but susah jugak kan, hehe true exactly org cantik mmg digalakkan pakai tp skrg org cantik lg nak tunjuk kecantikan dia kan, zaman saling bersaing sekarang. Yapp tudung labuh tu yang paling pentin, haha kan, secara automatic tengok kat mata dia. :) good comment Syara!

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM