Bunga

Pernah terfikir macam mana struktur bunga boleh menarik perhatian kita? Aku rasa bunga lah satu makhluk yang paling cantik kat dun...


Pernah terfikir macam mana struktur bunga boleh menarik perhatian kita? Aku rasa bunga lah satu makhluk yang paling cantik kat dunia ni. Even orang yang tak suka kat bunga pasti akan puji jugak bunga cantik kan? Takda yang akan kata bunga buruk apatah lagi bila dah ada kat tengah-tengah taman bunga.

Kepelbagaian pattern bentuk bunga-bunga begitu banyak sekali malah setiap kepelbagaian tu tiada yang tak cantik. Istimewanya kepelbagaian tersebut mempunyai ciri keunikan tersendiri, dari segi bentuk, warna, bau. Macam mana ia boleh berbeza? 

Bayangkan tiada bunga di dunia ni; rasa ada seri tak hidup, boleh kenal warna tak, boleh rasa ketenangan tak. Bunga ni simbolik kepada perempuan kan? ramai orang kata. Lelaki pun boleh disimbolikkan dengan bunga; lelaki yang tenang bila kita memandangnya, lelaki yang menjaga keperibadianya, lelaki yang sekali kita pandang berkali-kali kita nak pandang kerna warna budi pekertinya, tinggi agamanya, kesolehanya mewangi. Lalu, mengapa lelaki disimbolikkan dengan kumbang? Mungkin kerna kumbang itu yang mencari debunga. Iya, mungkin.

Dah jumpa lelaki yang macam bunga ke? Eh, macam pelik soalan aku kan (janganlah fikir lelaki lembut). Maksudku : Lelaki idaman hati yang sejuk mata memandang seolah kamu memandang sepohon bunga tercantik di taman luas . Iya, moga kita diketemukan dengan lelaki yang bukan sekadar si kumbang bahkan turut memeliki ciri si bunga juga.

Sekian dari aku (betul ke apa aku merepek malam ni).

You Might Also Like

6 comments

  1. lelaki pun blh jadi bunga jugak. dan utk label lelaki as kumbang mcm tak adil je sbb perempuan pun ada yg mcm kumbang jugak p cari bunga hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Eecha...orang selalu simbolik lelaki dgn kumbang, hihi. ramai kot perempuan si kumbang sekarang, :D

      Delete
  2. walaupun mungkin merepek psl bunga ni, tp cikja baca smpai habis!hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terima kasih sudi baca habis kemerepekan aku ni

      Delete
  3. Lelaki juga boleh disimbolikan sebagai bunga eh? Hihi. Siqah first time dengar ni. Biasanya kita dengar lelaki sebagai kumbang kan. Menarik gak macam bunga. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kak siqaah kena baca last sekali tu "Sekian dari aku (betul ke apa aku merepek malam ni).", senarnyaa sy merepek je tu alah bosan tak tahu nak posting ape kan haha.

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram