RESEPI LAKSAM UMMI

Assalamualaikum 


Akhirnya boleh makan jugak makanan favourite aku, Laksam Terengganu dimakan bersama kuah putih tambahan belacan berlada dan sayur-sayuran, perghhh! Makan sekali dok cukup lah bak kate. 

Dan disebabkan rasa menyesal dok belajar dari Ummi dulu sebelum pergi belajar luar (kempunan dua tahun tak makan) jadinya aku suruh ummi aku buat laksam hari ini. Nak beli kedai ummi aku bukan jenis yang suka makan dari kedai. So inilah resepi dari Ummi (tak suruh korang ikut pun, untuk simpanan aku akan datang je ni ๐Ÿ˜ƒ).

BAHAN :-
Tepung beras
Tepung Gandum
Minyak
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Garam
Daun Kemangi
Daun Kesum
Pegaga
Timun
Kacang panjang
Taugeh (aku takletak sebab dia kecup pulak)
Cili boh + Belacan
CARA-CARA :-
Laksam
1. Gaul tepung beras & tepung gandum, sedikit garam bersama air sehingga sebati (pastikan tidak pekat ya/cair macam susu).
2. Panaskan pengukus, kemudian letak adunan tepung tadi ke dalam piring atau loyang bulat then letak dalam pengukus, tunggu biar masak (lebih kurang 2min), then angkat & gulung. Siap!
Kuah
1. Sediakan santan dalam periuk, tumbuk bawang putih bersama lada hitam then masukkan ke periuk tadi, masukkan sekali garam secukup rasa. Lepas tu baru bukak api tunggu biar mendidih & jangan lupa kacau terus (taknak kasi santan BIKIR - Berketul).
2. Kemudian boleh campakkan hirisan bawang merah & halia ke dalam periuk. Tunggu dia naik wangi dan mendidih.
3. Last sekali masukkan daun kesum. Biarkan sekejap then boleh hidang.
Sayur
Potong kecil daun kemangi, pegaga, timun & kacang panjang.
Sediakan cili boh & belacan sekali ya (tak merasalah laksam kalau takda dua ni).


Siap! Boleh makannn puas-puas, kalau buat sendiri ni dia lagi puas hati nak makan sebab boleh buat banyak kan, beli kedai kadang sikit je dapat, Ummi aku cakap camtu. Betul sangat ni, ๐Ÿ˜‹.



Awak suka Laksam jugak ke? Share la sekali restoran Laksam paling sedap kat tempat awak. ๐Ÿ˜€

Comments

  1. Tak pernah lagi cuba laksam niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat saya susah nak jumpa huhuu

      Delete
    2. Ye ke? Tkp lepas ni Eacha mari terengganu boleh cuba. ๐Ÿ˜‹

      Delete
  2. teringin nak merasa sebab takpernah lagi makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Series? Ingat glamour jugak Laksam ni kat negeri lain hihi. Boleh try lps ni.

      Delete
  3. wahh sedapnya laksam terima kasih kerana sudi singgah blog Najihah. nanti jika berkesempatan lagi singgahlah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hal Najihah, we are blogger. Hihi mmg sedapp kan

      Delete
  4. Siqah tak minat sangat laksam. Hii. Lebih kepada laksa je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa pun kite suke kak tp laksa pineng la laksa ganu kuah putih tak masuk sgt dgn kite. ๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. laksam is my favorite too!!! setakat ni makan yg makcik masak je la. tak pernah makan kt kedai la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Hana, sodapp aih, nak2 bila belacan banyakkk, empp gitew hii

      Delete
  6. Nadia suka laksam !!! Tq share resepi nie Shaf .

    Dkt sini , shah alam tak pernah jumpa laksam sedap lagi . Nadia pernah makan laksam sedap dkt umah kawan nadia . Makcik dia memang orang Kelantan so seriously sedap . Lepas mkn laksam makcik dia buat mmg rasa mcm tak prnh lagi makan laksam sedap mcm tue. Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Popular Posts