Korang Ada Motion Sickness?

Assalamualaikum 

Bila kau ada sejenis penyakit motion sickness ; in bahasa nya mabuk kenderaan, apa-apa perjalanan kau, travel kau tak best sebab tak rasa suasana sepanjang perjalanan tu, sangatlah menganggu kan. Itu yang aku rasa selama hidup 23 tahun ni, haha punya ayat. Tapi serious doh kalau nak gi jalan tu memang rasa tak semangat langsung sebab penyakit ni lah. 

Penyakit ni dah serang aku sejak aku kecik lagi, kalau nak balik kampung tu memang kerja aku tidur je lah dalam kereta tu sebab pening. Tapi i think dulunya tak teruk pun, sekarang dah makin tak boleh naik kereta jalan jauh-jauh yang berjarak 1/2 jam ke atas, serious i can not. Kat Jordan dulu pun aku jarang pergi jalan, sakit gila kalau dia serang, yang tak rasa mmg akan kata tu pening biasa je, tak weh, dia akan serang dengan pening, loya, lesu badan = siap satu package (jangan mintak nak rasa okay!).

Dan aku ingat alami mabuk kenderaan darat saja rupanya atas kapal terbang pun dia serang cuma kurang sikit sakitnya, ingat lagi aku waktu nak mendarat di KLIA tahun 2013 9 (sakit paling teruk), aku punya loya tu tahap nak keluarkan semua yang aku makan, aku tahan doh but serious, nak jeluwak kat situ takleh ada baby tepi tu plus kapal terbang kot, malu aku nanti. Sebab tu jugak aku takkan makan waktu naik kereta, same with kapal terbang aku makan hanya untuk isi perut je, setiap kali tu lah tak habis makanan aku (rugi kan bayar mahal😅).

Cakap bab muntah ni, dua minggu lepas waktu aku balik kampung Kuala Berang; jarak dia hampir sejam dari rumah aku. Sesampai je aku sana terus ke semak samun jeluwak habis kat situ, keluar segala breakfast aku tadi, ahhhh, serious aku benci weh muntah-muntah ni, silap aku jugak tak bawak balm masa tu (benda wajib aku bawak nak jalan jauh).

Jadinya kalau korang ada kawan yang jenis motion sickness ni, korang janganlah abaikan tau, rasa sakit dia ni menyalahi sakit demam walaupun masa tu je dia sakit. Pastikan bawak benda wajib like pil mabuk kenderaan, balm / ubat angin, mentos, asam-asam dan air mineral + plastik (prepare kot nak termuntah kan kotor satu kereta haha). Dan tolong jangan buka aircond guys, dia lagi cepat serang, bukak tingkap biarkan fresh air masuk 😁.


Korang ada motion sickness jugak ke? Kongsilah pengalaman korang!

16 comments:

  1. Kalau saya tak boleh duduk dekat belakang dalam kereta atau bas. nanti rasa pening , muntah tu tak pernah lagi tapi sakit kepala rasa macam nak hentak dekat dinding bagi hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious Rasya, sakitnya mcm dah satu minggu tak jumpa katil, time tu lah rindu katil ya robbi, mmg kalau duk belakang lg kuat lah xleh wak pape, baring pun still sakit :')

      Delete
  2. Oh ada eh macam ni, first time Mai tahu. Mai jenis ok je semua, tapi kadang2 naik bot tu kalau beralun tahap dasyat biru jugaklah muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surely ada Mai, mabuk kenderaan biasa org sebutnyaa, hehe, bot sy tak pernah naik lg tp confirm2 lg mabuk sbb alunan dia tu lg dahsyatt sobb

      Delete
  3. hahah samalah kita.. dulu kecik selalu spare plastic bag. And until now masih spare ubat mabuk dalam handbag. Kalau jalan jauh wajib makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak lg padu sedia plastik dah kecik2, sy kecik dulu tak pernah pun muntah2 ni, makin besar dia lg kuat, sy jarang sgt telan ubat mabuk sbb xsuka telan pil haha.

      Delete
  4. samaaaaaa dulu masa kecik memang payah mak ayah nakbawak berjalan sebab den mabuk teruk --' tapi lepas masuk sekolah menengah (upper form) den banyak berjalan (by bus/kereta) so lama-lama benda tu mcm dah berkurang dengan sendiri hiks.

    tapi dia datang balik bila naik bas, orang bawak macam nakmerempit pft takpayah kata terus jeluwak dekat situ sobs /bad memory/

    ReplyDelete
    Replies
    1. :') Aigoo serius tak selesa kan bila mabuk, hihi betul2 tp susah gak nak kurangkan ni sy makin teruk adelaa,

      part org drive laju tu memang, aigooo nak mati kita kepeningan dlm tu :(

      Delete
  5. alhamdulillah, BV takdak motion sickness macam nie. entah kenapa, dalam kereta makin jauh perjalanan, makin lena tido. hahahhaa

    faham jugak part kena faham org yg ada motion sickness tu sebab dulu adik pernah ada. sekarang macam dah ok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww untunglah BV, sy kdg jelous kot tengok org lain lex je baca buku, main henfon, makan2 dalam keta mcm dia duk kat dalam bilik dia, i can not la, tengok sikit je haa naik le peningnya, haha mmg kena tido je la klu pening baru kurang sikit mabuk nyaa.

      Hihi kan seksa jugak senanrnya nak layan tapi saborlah yaa sbb sakit yg tak dimintak HEHE.

      Delete
  6. syukur alhamdulillah tak pernah ada perasaan gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh untungnyaa awakkk, jeles lak :(

      Delete
  7. Siqah ada jugaklah mabuk kenderaan. Puncanya biasa jadi kalau Siqah duduk di seat belakang ( tak nampak jalan depan), atau tengok phone or baca novel dalam kereta. Memang rasa pening kepala nak termuntah pun ada. So siqah elakkan benda dua tu drpd buat kalau dalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, yes itu lg memeningkann kite, boleh buat makin kuat mabuknyaa :'D

      Delete
  8. ouch seksanya ..susah la nak g jalan-jalan macamni..tak enjoy sesangat tp nak buat caner kan..cer try ambik vitamin yang sesuai ke..kawan Hsna pun ada yg macam ni, dia mmg ready dengan segala jenis ubat dan vitamin dalam beg dy..dah macam 1st aid kit dah2 beg dy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea àwak, sius xbest nk g jalan2 esp bila sakit serang kuat haha, bagus kwn awk get ready ape patot, sy kdg ready dgn balm je tp tu pun skdr utk hilangkan loya, sakit mabuk still ade, mmg kena amik pil la lps ni nk g jln jauh 😅

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

LATEST ON INSTAGRAM