When My Endol Died

by - July 25, 2017


Hello, it's been a lonnnnnnnngg time since i updated my post blog, urghhh so lazy to do plus i don't get any gooooooood idea to be posted, my bad and i am soooooooooooooorrryy 😁

Dah masuk 10 hari Endol mati, tapi still teringat kat dia semalam aku mimpi dia, sedihh sebab jadi mari teringat balik kat dia (nak move on dah but still cannot). Endol ni baka persian bulu gebus you alls, suka buat badan patah tulang kalau orang dodoi dia. Sebenarnya malam sebelum Endol mati aku ada mimpi Endol mcm nak lari dari aku sebelum aku tidur tu tetiba aku nangis sedih tengok Endol sakit.



Gambar dia masa kecik lebih kurang 3-4 bulan
Aku sayang kat Endol ni sebab dialah kucing pertama aku bela (sebelum ni ada kucing kat rumah tapi tu semua adik aku punya). So Endol lah kucing pertama aku berjaya manjakan, antara perangai Endol yang buat aku rindu kat dia sangat ialah dia suka naik duduk atas riba aku, asal nampak aku duduk atas cushion je dia datang sampai tertidur dia kat situ. Dengan riba ayah aku sekali dia berani naik dan tidur sampai ayah aku tak boleh bangun nak pergi kerja haha last mak aku panggil suruh amik dia dari riba ayah aku, sedap tidur ke Endol?

Kalau aku panggil dia "Endol....mari sini" dia terus datang gedek-gedek kat aku melainkan hari dia bad mood tak nak layan aku. Suka sondol-sondol muka aku macam suka kiss akulah, haha kadang aku tengah makan (makanan ada kat mulut) dia berani je nak rampas makanan aku tu. 

Malam-malam pulak aku akan ajak dia tidur sekali dengan aku, sekarang dah takda dah. Satu lagi part dia beleber sebab bagi makan lambat, ya rob dia punya panjanggggg tu macam bacaan mad tau tak, ya Allah rindunyaaa kat dia.

Endol kucing hyperactive

Kenapa Endol mati? 

Endol mati hari Sabtu, 15 Julai, dia sakit bermula hari Rabu, aku tengok dia tak aktif macam selalu (Endol kucing yg hyperactive takleh duduk diam taknak berkurung dalam rumah). So bila kita nampak dia mcm slow je tak main mcm selalu nampak lah dia tu sakit kan. But aku ingat dia demam biasa, jadinya aku rawat dia macam dia demam, tapi hari Khamis malam aku check badan dia tak panas pun selsema takda pun, tapi still tak nak makan hanya minum air je and tidur memanjang.

Endol suka tidur atas badan aku

So aku fikir  Endol ada sakit lain tapi nak gi vet esok hari tutup Jumaat Sabtu so terpaksa tunggu hari Ahad, dengan harapan Endol boleh bertahan lah, but not, sakit dia makin parah, badan dia lesu tak bermaya, oh ya Jumaat tu Endol berak berdarah, sebab tu aku terkejut tu. 

Hari Sabtu tu aku berharap lagi Endol tahan sikit lagi esok dah nak gi vet, tetapi Allah lebih sayang Endol taknak Endol sakit lama-lama, so jam 4 petang Endol mati depan mata aku, asalnya dia tidur dalam bilik air then dia keluar (macam nak pergi kat aku tapi tak larat dah), hati aku terdetik nak gi tengok (padahal aku baru je tengok dia setengah jam yg lalu). Tengok-tengok dia dah ada kat luar bilik air tu mcm tengah nazak dah, sempat lah dia tengok aku sekilas and then dia mati. 

Last photos of him, two days before he die.

Aku apa lagi kan menangis kat situ jugak sambil gosok-gosok badan dia still tak percaya 6 bulan je sempat dengan Endol, tengah-tengah tanam Endol pun boleh rasa nak nangis, malam tu nak tidur pun aku nangis, dua hari jugak aku nangis siapa tak terkilan kucing mati depan mata. 

Sekarang duk tatap gambar-gambar dan video Endol je lah untuk lepaskan rindu.
RIP Endol, you will always be my Endol forever. Love you and i am sorry for not taking care of you so well. 

You May Also Like

8 comments

  1. keciknya dia,comel sgt,,rest in peace endol

    ReplyDelete
  2. Shaf jaga dia baik. Endol pasti gembira sepanjang dibela oleh Shaf. RIP Endol. tak mahu bersedih lama-lama ye Shaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep kak harapnya begitulah 😣 thankyou kak taknak sedeh jgk ni tp sllu teringat kt dia

      Delete
  3. oh god.. i cry while reading ur post abt endol. stay strong shaf :")

    ReplyDelete
  4. be strong eaa . nak nangis jugak bace , hmm :"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you awakkk, :') jangan nanges2 ^^

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!