Calley Sakit Mata | Tips Rawat

Budak tidor petang tadi, menebeng sungguh gaya dia hahaha

Hari ini dah hampir seminggu Calley sakit mata, agak teruk jugak la sakit dia sampai gatal-gatal dan membengkak asal sebelah kanan mata dan berjangkit ke sebelah kiri cuma tak seteruk belah kanan.

Aku tak bawak ke vet sebab nak cuba berubat sendiri dulu, memang agak risau la aku dua tiga hari sebab makin teruk tak beransur pulih tapi aku cuba dan terus cuba, setiap masa check mata dia, ya lah aku jadi fobia lepas Endol aku mati sebab sakit hari tu, boleh baca kat When My Endol Died

Calley ni kucing kedua aku jatuh cinta kat dia, dia kucing entah dari mana masuk bawah kereta ayah aku haha aku dengar bunyi anak kucing masa bangun subuh terus aku pergi intai rupanya budak ni ada, amik dan terus bela. Calley diberi nama oleh mak aku asal aku bagi nama Chibu sebab muka dia bulat tapi mak aku suruh letak nama Calley yang bermaksud cergas / nano (memang nano dia lain macam haha), aku tak pasti ejaan betul dia camna aku rasa ni bahasa Terengganu ke kat negeri korang ada pakai?

Jadi perangai Calley ni jugak sebijik perangai Endol aku dulu cuma Calley ni lagi bengis haha asyik nak marah je kerjanyaa. So berbalik pada sakit mata dia tadi, alhamdulillah kelmarin mata dia dah beransur pulih, aku tak guna apa-apa ubat ya, ni nak kabo macam mana.

TIP RAWAT MATA KUCING TANPA UBAT :

Baru tiga bulan budak ni

1. First aku ada letak jugak ubat nama apa ntah lupa tapi aku rasa ubat tu dah tak elok sebab start letak tu la dia start gatal-gatal so aku stop. Buntu jugak masa tu nak buat camna cari kat google pun banyak suruh letak ubat, aku nak gi beli malas mood ke laut masa tu (jahat kan).

2. Simple, cuma lap dan bersih kan selalu mata kucing, setiap kali dia berair atau bertahi cepat-cepat bersihkan jangan biarkan sebab situlah kuman dia berkumpul kan. Sekali-sekala bersih pakai air suam jugak. Oh lupa! Jangan pakai tisu yang sama ya untuk setiap mata, bimbang kuman berjangkit dari mata.

3. Jangan kasi dia duk luar dan terdedah panas sebab aku ada baca panas matahari boleh mempercepatkan kuman / bakteria membiak. Biarkan dia berehat atau bermain dalam rumah saja.

4. Jangan lupa jugak sambil-sambil lap tu baca bismillah dan selawat selalu. Ya lah kita hanya iktiar cara kita selebihnya Allah Maha Penyembuh. 

5. Kalau ada ubat titik atau seumpamanya pun boleh pakai takda masalah, tips aku ni sebab aku takda ubat mata kucing masa tu. 😊 Jadi aku usaha cara ini memang tawakkal betul wei hahaha kesian kucing aku. Start kelmarin aku pakai ubat titik sebab baru beli hehe.

6. Kalau tak sembuh-sembuh jugak sila bawa ke vet ya bimbang tips atas tak sesuai untuk kucing berlainan.


Serious aku takjub jugak dengan cara aku ni sebab bimbang sangat masa mata dia membengkak sampai empat hari berturut (bimbang buta je 😓). But syukur Allah sembuhkan mata Calley dah tak risau lah kan dia pun dah boleh main kat luar walaupun masih dalam pantauan aku lagi sebab tak full pulih lagi ni. Apa-apa pun moga Calley sihat selalu dan terus membesar ya. 

6 comments

  1. Alhamdullilah. Mata Calley dah okay. Seram gak tengok mata Calley gitu, Huhu. Akak kalau bab kuicng ni memang lah tak tahu, cuma dengar Along akak bercerita jela. Dia pembela kucing tegar. Hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak terimakasih, kan yg ni kira okay sikit, sebelum ni lagi bengkak dah tak nampak anak mata dia ditutupi selaput putih. 😥😊 Mujur dah makin pulih.

      Delete
  2. Alhamdulillah dah semakin elok..Risau kan kalau jadi macam ni...Kita yg lebih risau dari kucing tu, hahah. Calley sebaya la dengan Udin Mai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 alahai mcm jagga anak, hihi ye ke? kebetulan plak kan :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Berkat kasih sayang, sembuh sakit mata Calley nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Alhamdulillah, jaga kucing ni mcm jaga budak kecik jugakla :D

      Delete

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!