Kolaborasi Blog?


Actually aku tak tahu menahu pasal kolaborasi blog ni, tengok ramai blogger buat tapi tak reti apa benda, lately beberapa email masuk ajak kolaborasi most dari pihak syarikat tapi memang awal-awal aku tolak sebab tak reti dan tak berani (mungkin takda pengalaman).😧

Rasa jugak sayang nak tolak sebab memang peluang blogger kan untuk tingkatkan traffik blog kan? Sebab kedua aku tolak sebab bahasa english aku memang low, syarikat yang invite tu guna pakai bahasa english utamanya so bimbang kalau aku salah faham pada email atau syarat-syarat yang ditetapkan tak pasal jadi masalah lain.

Ketiga sebab aku rasa aku berblog ni pun hanya untuk sekadar bercerita dan kongsi rasa tiadalah main point aku nak menakluki dunia blogger (haha). Ada beberapa kawan blog yang tak miss baca blog ni pun dah syukur sangat 😁 jadi aku tak expect tinggi pun pada blog usang aku ni. 

Tapi rasa nak tahu jugak serba sedikit pasal kolaborasi blog ni, 
anyone boleh explain sikit 😇?

18 comments

  1. Replies
    1. Haha tak best jgk sbb buat diri serba salah nak terima ke tak 😂

      Delete
  2. den masa mula-mula dapat email utk collab pun takut jugak - sebab reason yang sama, rasa nakmenulis sekadar utk diri sendiri. Tapi lepastu, bila fikir balik - kalau takcuba, selamanya taktau dan takut naktulis utk collab.

    Waktu collab dgn this one brand, I swear I sent them multiple emails just to make sure that den taksalah faham. Lagipun, biasanya kalau kita tulis utk collab - pihak dorang akan recheck kita punya entry >.< dan akan suruh kita betulkan kalau ada yang menyimpang :D Based on my experience lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yes betul point Faten klu tak cuba sampai bila tak tahu kan? Hihi

      Oh cmtu ka sy fikir dia just suruh kita post je pape psl yg dia nak la rupanya dia akan check so takyah risau kan. Hihi thankyou Faten for you perkongsian 😆

      Delete
  3. anis pun tak reply email yang ajak collab sbb risau jugak nnti post tak menepati ciri-ciri yg dia nak or / kita dah tersekat drpd nak bercerita bnda yg dia tak sehaluan dgn dia ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kannn huhu not ready yet bimbang tkut mengecewakan diorg hihi

      Delete
  4. Pernah juga buat collab tapi rasa article macam tu macam just not me lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tak enak jugak tu kalau bukan dr hati kita kan

      Delete
  5. Tak pernah pulak tahu pasal kolaborasi blog ni...bestnya rezeki syarikat invite collab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes tapi sy anggap mmg bukan rezeki saya sbb penulisan sy pun tak kemas 😅

      Delete
  6. Sepanjang blogging dah beberapa tahun ni, baru 3 kali je ada kolaborasi. Hii. Kadang2 jeles jugak dengan blogger yang asyik kolaborasi je. Tapi kadang2 fikir jugak, mungkin ada kolaborasi yang tak berkenan di mata. Pendek kata, terpulang pada kehendak blogger masing2 :)

    Kalau akak, tak kisah sangat bab kolaborasi. Kalau dapat, Alhamdullilah, kalau takde, takpelah :)

    Dannn..

    Akak paling setuju dengan point no 3 Shaf <3 Akak pun rasa blog sekadar untuk bercerita dan disimpan sebagai kenangan. Bila boring, baca balik kisah sendiri. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe wahh akak dh penah kolaborasi? Sesuaila dgn blog akak best2 review buku. 😊😍

      Kan kan, untuk bacaan sendiri kot kotla lupa balik kisah penting dlm hidup 😂😁

      Delete
  7. Best ja dapat invitation, Mai jarang sangat2, sedih T_T.

    Kesempatan datang, grab je peluang Shaf, jangan takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaahaa entahla confident takda mai :'D

      Delete
  8. Maybe Shaf boleh cuba dulu.. Cari koloborasi yang mudah-mudah.. Akak dulupun tak pandai tapi bila sekali dah cuba, cam seronok pula nak buat lagi.. hehehe.. tambahan pula ada rewards..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula kak, mslh yang masuk semua mcm payah2 je kena berbahasa english pulak kite tak pro, kalau fikir psl rewards tu memang kak dah lama masuk hihi

      Delete
  9. Samalah kita. Tak pandai benda-benda macam ni. Got an email once but masa tu perasa email diaorang lambat gila, so I just ignored them. lol.


    Btw, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan dapat email pun buat senyap je :'D
      Salam perkenalan juga Farah :D

      Delete

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!