Marathon Running Man Show

by - August 13, 2017

Aku lukis sekali member baru 😀

Sebenarnya dah lama tak layan Running Man ni, kalau dulu show wajib tengok setiap hari, siap download lagi episod baru. Teruk aku punya fanatik kat show ni dulu sampai berapa kali ulang dari episod 1 sehingga kawan-kawan aku pun dah tau ni mesti nak layan running man takda cerita lain dah. 

Memang, kalau aku stress ke sedih ke aku akan layan show ni terutama pada masa aku duk sorang kat rumah, nak kasi hilang kesepian kan, aku tengok show ni boleh lah menaikkan mood dan suasana situ sebab lawak dia memang tak leh blah. Tak bosan weh. 

So, dua tiga hari lepas mood nak marathon tu kembali sebab dah lama tak tengok, sejak aku balik hari tu, tak pernah tengok pon episod baru tambahan pula dengan kes running man nak tamatkan siaran dia tu haih lagi down semangat dan mood aku tau. 

Jadi di kesempatan mood membuak membara ni, marilah kita marathon kasi licin sampai habis episod terkini ya. Kalau orang tanya best ke running man ni? Kau tengok lah dulu ya setakat ni aku ajak kawan aku tengok semua akan terlekat kat depan laptop layan berepisod haha. K chow lu. 

Aku start marathon balik bermula episod 328 dan berjaya ke episod 337 dan aku tengok di KShowOnline

Aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk setiap episod sebab masing ada lawak dan acara menarik tersendiri.

Scene paling teruk dan paling lawak so far aku tengok, sampai kakak aku terpengong dengar aku gelak besar dalam bilik
Boleh dia turun macam tu? HAHAHA tak pernah tak lawak Lee Kwang Soo ni, ni Episod 335

Scene di episod 336 plot twist dia beb memang tak disangka aku sendiri terujaa

Semangat aku fikir Main Character dalam episod ni Lee Kwang Soo, rupanya Kang Gary datang weyy
Scene di episod 337, hahahaha gabungan dua orang ni memang nak kasi tampar je sebab lawak melampau

Aku tak sangka dia boleh edit jadi berita camni hahaha, daebakk Editor 👍👍👍

You May Also Like

14 comments

  1. Perghhh 9 episod terus marathon. Hebat2! Dahlah satu episod lama jugak kan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak sehari dua episod takpun 3, haah sejam setengah duration dia, bile dah minat kak haha

      Delete
  2. Lama tak tengok RM ni...sejak Gary keluar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PD kite pon down masa Gary keluar hari tu sob :')

      Delete
  3. anis pun dah lama sangat tak tgk running man sejak gary kluar, but tgk satu episod je yang ada kang haneul and seo joon dtg sebab diorang fav actor <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe penangan Gary keluar kan mmg rasa tak complete je diorang dah tinggal ber6 je, yeap nampak best gak episod tu tapi kita tengok episod per episod baru best XD

      Delete
  4. Sya pon layan gak runningman!lawak gila. Setiap minggu tengok ep baru dgn ep throwback dekat tv :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha series xbosan kan walopon dah berkali tengok episod yg sama.

      Delete
  5. walaupun saya minat RM, tapi takda la seteruk layan semua eps. hahahha tengok bila ada mood. boleh pulak 😂.. eps yg RM family members tu.. ya Allah yg last sekali tu rasa nak guling2.. boleh pulak seluar LKS lucut waktu kena bom air 😂😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kan, entahla lain show dia ni tak bosan tengok berkali2
      haha LKS mmg tak habis2 lawak dia kdg annoying jugak, tak tgok lg episod tu.

      Delete
  6. saya pun suka gila dgn running man. dalam hard disk penuh dgn ep rm dari ep 1 sampai the latest sekrang ni hahaha bila boring nanti boleh lah tgk balik semua ep tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe eh samalahh simpan dr ep1 cuma episod baru je tak rajin nak download, kannn mmg boleh hilang bosanya nnti tengok cita ni :D

      Delete
  7. Lama tak tengok citer Running Man nie.. Sesekali tengok syok juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengokla selalu kak, syok selalu lah XD

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!