Sejauh Manakah Keikhlasan Kita Dalam Menulis

Salam sejahtera. Penulisan adalah salah satu medium dalam menyebarkan pengetahuan, maklumat, nasihat, teguran, dakwah islam, berita...


Salam sejahtera.

Penulisan adalah salah satu medium dalam menyebarkan pengetahuan, maklumat, nasihat, teguran, dakwah islam, berita, isu semasa dan sebagainya. Malah pada masa kini di area teknologi makin ke depan, kita dapat lihat bagaimana penulisan ini menjadi satu medium besar dalam memberitahu berita, seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Website dan banyak lagi yang kini menjadi fokus utama manusia dalam penyebaran penulisan atau berita semasa disebabkan keyakinan mereka pada pengguna media sosial tersebut yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Amboi shaf ke main lagi mukaddimah hang, penuh dengan bahasa surat doh, haha lama tak main surat-surat kan, karangan-karangan semestilah kena buat ayat formal penuh bahasa buku gini, oh teringat zaman sekolah. Tapi itu bukanlah point aku dalam entri kali ni. Main point aku adalah Sejauh Manakah Keikhlasan Kita Dalam Menulis?

Pernah lah aku berfikir banyak kali, selama ini aku buat entri panjang-panjang ni aku ikhlas ke? Terutamanya menulis hal-hal kata nasihat, teguran atau ilmu agama. Macam mana pulak dengan instafamous, facefamous, twitfamous (istilah aku reka je ni), diorang ikhlas ke dalam menulis? Atau sekadar nak dapat like & share banyak-banyak dari follower yang menghampiri berjuta? 

Takpalah, ikhlas tu dia punya hal dengan Tuhan, tapi aku ada pengalaman banyak dalam terkesan dengan penulisan orang, ya lah orang pun kata bila kita ikhlas ni kesan dia lagi mendalam kat jiwa, ikutlah ikhlas dalam menulis lirik lagu ka, ikhlas dalam mengajar ka, ikhlas dalam berlakon ka, ikhlas dalam amal ibadah ka pokoknya when you Ikhlas, everything is clear, lancar. 

So, what about me? What about My writing? Adakah aku benar-benar ikhlas nak tulis atau sekadar nak berbangga diri naikkan hidung ke langit atau nak show off you can do ini, do itu. Hmm yea, i admit susah nau nak dapat ikhlas ni tapi tapi tapi jangan risaulah kesan pada rasa ikhlas ni you boleh nampak bila ada yang terkesan dengan penulisan kita even hanya seorang, i said walaupun hanya seorang saja yang terkesan. Bergantunglah pada tahap mana ikhlas itu. kan?

Cukuplah tulis pasal ikhlas ni sebab aku tulis entri ni pun belum tentu ikhlas aku tahap mana, maybe 30%? or 50%? or 70%? Who knows? Only He knows, moga Allah ampunkan. 😊

You Might Also Like

10 comments

  1. yazzzz.. betul tu. kadang niat dah molek dah nak buat kerja amal. sekali.... nauzubillahminzalik. jauhkanlah Ya Allah.. tapi bagi saya kalau menulis blog setakat ni belum rasa lagi..cuma bila tweet atau post ig terselit macam tu. takut pulak.

    terima kasih ingatkan 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hana, posting benda baik dah okay dah tp klu niat lain jgk boleh merosakkan balik amal lain. Nauzubillah moga allah pelihara kita ya,

      Aip betul2 kdg kt blog ni jarang la nak rasa gitu sbb belom tentu org rajin nak baca post kita haha 😳 terima kasih juga baca hana.

      Delete
  2. Hmmm betul tu..Kadang2 terfikir ikhlas ke nasihat(sambil puji diri) yang selalu diviralkan tu, tepi cepat2 cuba positifkan fikiran.


    Tapi mai ikhlas komen ni, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol Mai, kita amik aura positif dr post depa, nak niat 100% mmg payah àt least dpt 99% okay dah.

      Haha terimakasih Mai seikhlas hati tu komenya 😊😍

      Delete
  3. Lawa lah blog design!

    Ikhlas ni hanya Allah dan si penulis sahaja yang tahu. Susah-susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik rasya marah ke? Maaf tau kalau entri mengarut sikit. 😅😅😅

      Delete
    2. Lol. Tak marah pun. maybe the tone of speaking couldn't be received well when it comes to writing.

      I personally find your post good. You have a good way of writing in Malay. Jeles xD

      Delete
    3. Haha, ops, maafkan saya tersilap sangka, betul tone bahasa tulisan ni kita xleh nak faham mana, maaf ya rasya, :'D

      terimakasih act saya tak berapa bagus dlm bahasa melayu ni, ikut suka hati je tulis XD

      Delete
  4. Perenggan pertama terasa macam baca suratkhabar. Hihi.

    Hanya Allah tahu akan keikhlasan kita dalam menulis sesuatu. InsyAllah, semoga apa yang kita tulis semuanya baik2 je :)

    Shaf baru tukar blog template atau akak yang lama tak singgah sini? Hii. Btw, lawa blog. Kemas je tengok sidebar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha kak XD

      Betul setuju sangat, dan hanya Allah berhak nilai.

      Hihi takpun mmg baru tukar ni kak sbb serabut dgn template sebelum ni tu tak kemas. :P

      Delete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!

Latest On Instagram