Daging Bakor Air Asam

Hai dan selamat hari raya eidul adha, last day baru nak ucapkan 😁, Korang buat apa je raya ni? Aku tak gi mana-mana pun dah ayoh pergi korban sokmo kan so duduk rumah je lah makan daging hari-hari. Syukur.

Hari ni mok buat daging bakor kempunan sangat aku nak makan ni. Jadi macam biasa aku akan postkan resepi simple untuk rujukan aku akan datang.

Daging lembu / kambing
- Halia
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam sikit
- Lada hitam
*Blend semua bahan tadi kemudian perapkan bersama daging dipotong suka hati selama 2-3 jam, lagi lama lagi meresapp, atas hampa semuala.
*Kemudian bakar saja mcm biasa atas kuali atau pemanggang.

Air Asam
- Bawang besar
- Tomato
- Lada
- Asam
- Gula
- Air
*Hiris bawang besar, potong tomato, lada.
*Gaulkan asam (aku pakai adabi tu senang takda biji asam) dengan air.
*Kemudian masukkan segala bahan tadi dan tambah sedikit gula.
SIAP~
 
So, korang masak apa dengan daging korban? 😍 Share etek~

6 comments

  1. Selamat Hari Raya Shaff!!! Sedapnya daging bakor :') daging korban tak masak apa lagi pun ni haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat ari aye jugok syahindah. Memang best sedapp gilerr. Buatla nnti 😋

      Delete
  2. Semalam mak mertua akak masak sup tulang daging. Sedap <3 Akak suka sup, asam pedas dan masak kicap. Fuhh terangkat kalau makan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh tersama plak kite kak, mak pun masak sup tulang smlm,hihi oyeayyy asam pedas best kak! 😍

      Delete
  3. raya jauh thn ni,tak sempat merasa daging kurban T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, nanti balik Malaysia makan banyak-banyak :D

      Delete

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!