Review Circle : Two Worlds Connected

Finally aku ada mood nak layan drama korea yang satu ni, aku pernah sebut nak tengok kat entri ni hari tu : Draw Your Own Things . Tapi lam...

Finally aku ada mood nak layan drama korea yang satu ni, aku pernah sebut nak tengok kat entri ni hari tu : Draw Your Own Things. Tapi lama nak boleh tengok cerita ni sebab mood aku ke laut nak layan laptop, berminggu-minggu aku tak bukak, duk layan kat fon je. Dan tetiba mood tu datang sebab tertengok cerita ni di 8TV masa tu dah episod 4, and aku terus fall in love tapi tak faham, so kena tengok dari episod 1 dulu. Dan yes, ia tak mengecewakan aku. First aku minta maaf kalau review aku entah pape sikit haha.


SINOPSIS

Circle kisah berkaitan alien yang turun ke bumi dan bertemu dengan dua budak kembar abang #kimbumgyun adik #kimwoojin kemudian tinggal bersama mereka yang dijaga oleh ayah dan nenek.

Kisah jadi konflik bila mereka remaja (2017) when abang dia #kimbumgyun dianggap gila dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa malah dimasukkan ke penjara sebab mentaliti dia yang percaya bahawa wujudnya alien bahkan buat kajian tentang alien tersebut, kalau flashback balik when #kimbumgyun masa kecik, dia tak percaya perempuan yang menetap di rumah dia tu alien, malah adik #kimwoojin yang beriya cakap itu alien. Pelik ketika mereka remaja, mentaliti mereka bertukar.

Kenapa abang dia boleh kata dengan yakin perempuan tu alien? Spoiler! Kena tengok sendiri.

REVIEW

Apa yang aku boleh kata tentang drama ni adalah DAEBAK! Mana taknya, setiap episod buat aku perah otak aku nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Siapakah "Real Bad Guy" / "Masterpiece" di sebalik semua ni. Paling buat aku speechless tentang drama ini adalah setiap kali aku buat spekulasi aku sendiri setiap kali itu lah spekulasi aku tu SALAH! Plot twist dia bersepahh-sepah, memang scriptwriter drama ni otak saintis + detektif jugak barangkali.

Aku pesan kalau nak tengok drama ni jangan sesekali skip episod mahupun skip minit dia, tengok sampai habis tempoh satu jam tu sebab minit yang pendek sahaja pun boleh bagi klu/hint sebenar. So memang ni first drama yang aku tidak skip langsung walaupun ada istilah sains yang apa ke benda entah aku tak faham haha. Kebiasaan aku tengok drama lain aku skip banyak sebab bosan jalan cerita yang aku boleh agak dah apa akan jadi. 


FAVOURITE THINGs IN DRAMA

1.Smart-Phone
Oleh sebab drama ni genre on Sci-Fi so memang dia menggambarkan masa depan yang mana sains mula bertindak menguasai dunia / maju ke hadapan. Teknologi makin canggih sampai memori manusia boleh disimpan as video file, can't believe kan? Okay jangan percaya ni semua drama saja nak menggambarkan kemajuan melampau puak-puak yang tak berguna. 

Pun begitu aku teruja bila tengok telefon pintar yang aluminium ni haaa, haha. Arghhh nak satu walau rasa macam tak patut pakai haha.
Haha, boleh nampak doh telinga 
Pun begitu, very very very smart doh design dia 


2.Actor
Lakonan #kimbumgyun waktu umur 7 tahun (kot) oleh Kim Ye Joon, haih cannot move on tengok muka kiut dia tu dengan pakai glasses nya, comel sangat! Actually aku suka lakonan #kimbumgyun ni dari kecik sampai ke remaja and sampai ke dewasa.

Lakonan #kimwoojin oleh Yeo Jin Goo yang sangat menghayati watak dia as seorang yang desperate nak selesaikan semua ni but innocent jugak sebab terlalu percaya pada orang. Juga usaha dia nak cari abang dia yang hilang tu memang confirm meleleh air mata kau.

Lakonan #byul as a alien oleh Kong Seung Yeon yang sangat sesuai dipilih untuk menjadi watak alien. Entahla aku rasa sesuai je dia as alien maybe sebab wajah dia yang agak unik.

#kimbumgyun when he's young and he likes rubik cube very much

#kimwoojin #kimbumgyun ala kenapa sedih sangat ni dik 

GOOD VIBES

1. "Memories takes responsibility, memories serve justice, bad memories should not be forgotten, because they are who we are"- Lee Ho Soo. Kena tengok drama ni kenapa #leehosoo cakap macam ni. Dan aku deep jugak sebab selalu berangan alangkah indah hidup kalau kita tak boleh ingat bad memories kan? Well said its not.

2. Hubungan adik-beradik takkan terputus walau bagaimana sekali pun dugaan berlaku. Pernah dengar orang kata kembar ni ada hubungan telepati kan? Begitulah diterapkan dalam drama ni bila abang #kimbumgyun hilang and adik dia #kimwoojin macam cepat rasa kat mana abang dia berada walau beberapa kali terlepas.

3. The truth; walaupun bertahun-tahun ambik masa tetap akhirnya kebenaran akan terbongkar juga, orang jahat kot mana pun nak lari takkan terlepas.

4. Teknologi sains tak semestinya sesuai dengan humanity, ada kalanya salah dan jauh menyimpan dari kemahuan humanity. Tengok saja ciptaan #gadjet sekarang?

5. Kesetiaan #hanjungyeon kepada #kimwoojin, and yes adegan cinta dalam drama ni ibarat 10% sahaja berbanding keseluruhanya berkisar tentang kebenaran yang ingin dibongkar. So aku salute kat penulis drama ni sebab mendatangkan scene-scene romantik ringan hanya sekadar untuk kasi rest kepada penonton. Selebihnya kau kena perah otak banyak-banyak.

6. Overall aku suka penulis memberi fokus kepada jalinan #bromance antara abang dan adik, really rasa touching gila bila dia jumpa balik adik dia yang hilang selama 20 tahun walaupun...... Eh tadi kata abang hilang, ni adik pulak? haa kena tengok!

7. Dan aku suka macam mana dua aktor menjadi watak utama bukan sahaja fokus pada satu watak. Di Part I #kimwoojin menjadi watak utama manakala di Part II #kimbumgyun menjadi watak utama.

8. Aku suka ending dia sebab penulis meninggalkan banyak persoalan kepada aku, betulkah #byul tu alien? Atau robot? How dia boleh turun ke bumi? Apa hubungan antara Beta Project dengan Brave New World? Bagaimana dengan #kimwoojin yang sebenar? Aku harap akan ada season II akan datang, serious nak tahu kesinambungan dari ending dia tu.

Rating : 5/5
⭐⭐⭐⭐⭐




Mungkin ni review pertama dan last aku untuk drama/movie haha sebab sejenis tak suka layan mana tapi disebabkan drama ni DAEBAK gilos so aku kena buat korang nak tengok jugak la itu pun kalau korang berminat genre misteri la hehe.

You Might Also Like

3 comments

  1. Watched and liked this drama so much! Mula-mula rasa macam reluctant sikit nak tengok tapi bila dah tengok sekali terus addicted :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul start dr episod 1 dah tak bosan, mmg akan rasa kena habiskan jugak :D kalau tak tertanya-tanya benda akan jadi

      Delete
  2. Oh drama ni, tak tengok lagi. Tengah tengok School 2017 baru hahaha. Kita pun suka skip dekat part yg boring and kalau sembang ja memanjang haha.

    ReplyDelete

- DO GOOD BE GOOD -
WARNING : NO SPAM!