Mengapa perlu menyalahi?


Manusia
Lumrahnya berperangai.

Lumrahnya diuji
Lumrahnya digodai
Lumrahnya menghukum
Lumrahnya membantah

Namun
Mengapa harus 
Menyalahi manusia lain

Apa kau fikir yang kau salahkan itu
Tidak pernah diuji, digodai, dihukumi?

Apa kau fikir engkau seorang sahaja yang Tuhan sayang?
Lantas Dia menguji engkau melebihi yang lain?

Aku dan engkau
Sama manusia
Apa bezanya jika saling mempersalahkan

Diujinya bukan sama
Sekiranya sama 
Mana mungkin wujudnya baik dan buruk
Dosa dan pahala sorga dan neraka 
Benar kan?

Ada kiranya engkau kembali pada Tuhan
Siapa yang menguji engkau?
Mengapa Dia menguji engkau?
Apa sekedar kemampuan engkau atau tidak?

Malah,
Engkau mahu menyalahkan Tuhan? 



-shaf, isnin 1958pm,kualaberang


4 comments

  1. Semua makhluk diuji....adalah lebih baik ujian itu dijadikan sempadan diri daripada mempertikai dan menuding jari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, dan ujian bentuknya pelbagai tidak sama antara satu sama lain :)

      Delete

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!