Antibiotik Sakit Bathin

September 12, 2018


Masalah hati punca retak silaturrahim keluarga, punca terputus ikatan persahabatan, punca sempitnya kehidupan, gelisahnya hati, serabutnya fikiran. Dek kerna sombongnya, riya'nya, hasadnya, dengkinya yang wujud dalam hati. Semua berpunca dari hati, hadis sendiri merekodkan tubuh ini baiknya pada hati, rosak hati rosaklah anggota. 

Bagaimana mahu hati jadi baik? 

Al-Quran sendiri merekodkan 'Bacalah...' kerna jaminanya sebagai penawar, sebagai panadol, menjadi antibiotik bagi pesakit bathin. Surah apa ayat mana yang jadi ubatnya? Baca, baca sahaja mana-mana surah...mana-mana ayat, Al-fatihah penawar agung bagi segala penyakit. Bacalah, hari-hari kena baca Al-Quran jangan tinggal walau satu muka. Tidak mampu juga untuk baca? Itu tanda hati kamu mungkin ada sakitnya di mana-mana, jadi Bacalah

Mahu hati ini jadi Qalbun Saleem tak? Jadi Bacalah...

You Might Also Like

4 comments

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!

Instagram