#Are You A Muslim?

March 03, 2018


Sekarang tengah kecoh pasal sebuah syarikat fashion buat pelancaran tudung baharu di sebuah kelab. 

Satu peristiwa terkenang di kepala aku sangat berkait dengan pakaian muslimah.

Ceritanya begini, pada masa kejadian tu aku mengikuti sebuah lawatan kembara sekitar kawasan Amman. Kawan aku kempunan nak makan maggi masa tu kebetulan ada beli maggi cup tinggal perlu tuangkan air panas sahaja jadi kawan aku minta aku temankan dia ke sebuah kedai kopi di simpang jalan. 

Langsung kitorang pergi, masuk dan minta izin, mujurlah staf kedai sangat baik hati dan peramah menjemput kami masuk ke dapur untuk mengambil air panas. Sedang kawan aku ambil air panas dan sediakan maggi tu, seorang staf kat situ sembanglah dengan aku tanya aku asal mana, last soalan dia tanya aku,

"ARE YOU A MUSLIM?"

Okay, part mana yang memunasabahkan untuk staf tersebut mengajukan soalan begitu pada kami masa tu sedang pakaian aku masa tu berpurdah, tudung labuh, baju tutup aurat sempurna sama lah juga dengan kawan aku. Terkejut, sepanjang aku belajar kat situ, itulah satu-satunya soalan paling rare yang diajukan pada aku.

Yakinlah menjawab "YESSS, WE ARE A MUSLIMS". Riak dia nampak lega sambil mengucap syukur Alhamdulillah, reaksi dia lagi mesra dari sebelumnya. Note : dia pun muslim juga.

Keluar aku dari kedai terus tanya kawan aku (dia tak dengar soalan tu khusyuk masak maggi) kawan aku anggap mungkin pakaian kita orang lain (non muslim) pun pakai sebab tu lah kot atau seakan-akan. 

Aku : Pelik. Sungguh pun.

Aku teringat babak dalam filem hindustan 'PK' yang pasal alien jatuh ke bumi tu dan cuba mengkaji tentang the missing God, ada satu babak dia masuk satu perdebatan yang membahaskan pasal God tiba part dia membidas kenyataan Tapasvi dengan membawa bukti beberapa orang yang berpakaian berbeza apabila ditanya agamanya malah jauh berbeza dengan apa yang dipakainya.

Dan Hero tu sebut "Pakaian bukan menjadi lambang identiti agama seseorang"

Ada betulnya juga katanya namun itu tidak mengiyakan atau membenarkan bagi seorang muslim untuk berpakaian ikut suka hati kepala, kan?

Jadi aku tertanya-tanya : Pakaian muslimah sekarang telah rosak kah? Kalau dahulunya pakaian itulah yang membezakan antara ahlul bait Rasulullah s.a.w dengan muslimah lain, yang membezakan muslimah dengan wanita yang lain. Pakaian ini yang menjadi lambang suci maruah seorang muslimah. 

Begitu, sekirannya pakaian ini telah dikotorkan, pakaian bagaimana lagi yang bisa menjadi lambang suci maruah seorang wanita muslim? 

You Might Also Like

4 comments

  1. betul tu, Pakaian bukan menjadi lambang identiti agama seseorang, tapi dari segi pakaian la kita kena jaga agama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul betul Kaella, sbb skrg ni at least dgn pakaian kita la org boleh tahu siapa kita :)

      Delete
  2. budaya hedonisme makin menebal sekarang :)

    ReplyDelete

- NICE TALK -
WARNING : NO SPAM!

Instagram